Friday, April 30, 2021

SETAHUN BERSAMA KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL

BENAR lah, dalam politik itu tersembunyi berbagai kemungkinan. Tiada yang menduga, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, PKR, Bersatu, Amanah, yang menang pada PRU-14, dan kebetulan berperdana menterikan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri ke4 dan Perdana Menteri terlama negara. Selain Tun, PH juga mempunyai pemimpin handal-handal seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Lim Kit Siang dan Mohammad Sabu (Mat Sabu).

Kerajaan PH juga disokong oleh Parti Warisan dan UPKO daripada Sabah, walaupun dua parti tersebut bukan parti komponen. Sebagai tambahan kekuatan kepada kerajaan PH, Gabungan Parti Sarawak (GPS) ada lah mesra kerajaan tersebut di peringkat Persekutuan.

Kekuatan kerajaan PH juga semakin mantap, apabila 16 ahli parlimen daripada Umno menjadi wakil rakyat bebas mesra kerajaan dan beberapa bulan kemudian menyertai Bersatu.

Walaupun kerajaan PH begitu mantap, dan dikira mempunyai sokongan 2/3 di Dewan Rakyat, akan tetapi, tanda-tanda retak, apabila diadakan Kongres Maruah Melayu pada Oktober, 2019 di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor yang turut dihadiri pemimpin merentasi parti, termasuk daripada Umno dan Pas.

Menerusi kongres tersebut, secara jelas, pemimpin melayu melihat, bagaimana penguasaan DAP dalam kerajaan, sebagai akibat lemahnya kepimpinan melayu sebagai akibat perpecahan.

Kegelisahan pemimpin melayu bukan sahaja dirasakan oleh pemimpin parti di luar PH, akan tetapi juga oleh pemimpin Bersatu dan PKR.

Tindakan setengah pemimpin baik daripada PKR, dan Amanah yang condong kepada DAP, mahukan segera pergantian jawatan Perdana Menteri, telah menjadi katalis kepada tumbangnya kerajaan PH.

Langkah Sheraton pada 24 Februari, 2020, yang sepatutnya sokongan padu kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, yang turut melibatkan AP Umno dan Pas, menjadi punca tumbangnya kerajaan PH, apabila Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Apabila kerajaan tumbang, SPBA melantik semula Tun sebagai Perdana Menteri sementara, sambil menunggu, sokongan AP atau parti-parti yang mempunyai wakil rakyat di Parlimen memilih calon Perdana Menteri ke-8 negara.

Di pihak DAP, PKR dan Amanah menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sementara Bersatu, GPS dan Warisan menamakan Tun Dr Mahathir, manakala Umno dan Pas memilih pembubaran parlimen. Oleh kerana pada pusingan pertama tiada pihak mendapat 112, jumlah minima bagi majoriti mudah, maka, SPBA memberi peluang ke-2 kepada AP menamakan calon PM ke-8. Pada pusingan ke-2 ini, DAP, PKR dan Amanah kekal menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala Bersatu, Umno, Pas, GPS, PBS, Star dan dipercayai Warisan juga menyokong Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Setakat 12 tengah malam 29 Februari, TSMY dipastikan bakal mendapat sokongan majoriti berbanding Anwar. Mengingat kepada keadaan tersebut, maka berlaku gerakaan Sabtu pagi, hari yang sama, apabila Anwar mengundurkan diri, dan digantikan oleh Tun Dr Mahathir. Kerana perubahan mendadak ini, TSMY masih mendapat sokongan 114 daripada 222, tanpa Warisan dan Upko, serta PKR penyokong Anwar, DAP dan Amanah.

Pada hari ini, genap sudah setahun TSMY sebagai Perdana Menteri PN.

Kerajaan TANPA manifesto, tetapi perjalanan kerajaan berpaksi kepada keperluan dan pemahaman keadaan rakyat.

Kerajaan yang terbentuk dikala dunia dan negara berhadapan dengan ancaman pandemik covid-19.

Sesuai dengan keadaan tersebut, maka kerajaan PN pimpinan TSMY mengambil langkah-langkah tepat, baik berkaitan ekonomi, kesihatan mahupun keselamatan rakyat.

.PEMULIHAN EKONOMI- • Pendekatan strategik 6R - Resolve, Resilience, Restart, Recovery, Revitalize dan Reform.

• 5 Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah memanfaatkan 20 juta individu dari setiap lapisan masyarakat dan 2.4 juta perniagaan. Prihatin, Prihatin PKS Tambahan, Penjana, Kita Prihatin dan PERMAI.

• Bantuan Prihatin Nasional, bayaran tunai one-off terbesar dalam sejarah negara dengan jumlah keseluruhan RM18.4 bilion.

• Malaysia antara negara terawal di dunia yang melaksanakan moratorium secara automatik selama 6 bulan.

• Belanjawan 2021 bernilai RM322.50 bilion juga yang terbesar dalam sejarah.

• Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 5.6-6.7 peratus bagi tahun 2021 dan penarafan hutang Malaysia oleh Moody’s disahkan kekal pada A3.

TRANFORMASI PENDIGITALAN 
• Menubuhkan Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (4IR) dan 6 kluster telah dikenal pasti.

• Memperkenalkan inisiatif MyDIGITAL dan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia yang dijangka mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan dan menyumbang 22.6 peratus kepada KDNK menjelang 2025.

• Memperkenalkan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

• Melipatgandakan usaha untuk menambah baik perkhidmatan End-to-end (E2E) ke arah kerajaan digital.

• Mempengerusikan Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan secara maya buat kali pertama dalam sejarah dan Malaysia menjadi tuan rumah.

EKONOMI SERANTAU
• Memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-37.

• Mencapai persetujuan untuk menyambung semula projek Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura selepas tiga penangguhan yang dijangka dapat disiapkan pada hujung 2026

HUBUNGAN ANTARABANGSA
• Mengadakan lawatan kerja pertama ke Indonesia untuk membincangkan isu dua hala dan serantau.

• Mengukuhkan hubungan strategik dua hala menerusi perbincangan dalam telefon bersama pemimpin-pemimpin negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Turki, Qatar, Palestin, Iran dan Vietnam dan New Zealand serta menerima kunjungan hormat Duta-Duta Besar.

PERDAGANGAN LUAR
• Malaysia mencatatkan lebihan dagangan yang terbesar pada 2020 dengan peningkatan sebanyak 26.9 peratus kepada RM184.79 bilion berbanding 2019. Pertumbuhan dua digit bagi 4 tahun berturut-turut dan lebihan dagangan selama 23 tahun sejak 1998

COVID-19
• Proklamasi darurat membantu pengurusan pandemik secara lebih berkesan seperti penubuhan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, penyelarasan bersama hospital swasta dan penyediaan Pusat Pemberian Vaksin.

• Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang merupakan program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara.

• Pelaksanaan PKP secara berfasa yang efektif dan kawalan sempadan yang ketat melalui Operasi Benteng.

• Kempen Pembudayaan Norma Baharu.

PELUANG PEKERJAAN
• Penubuhan Majlis Pekerjaan Negara yang mampu mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan. Inisiatif portal pekerjaan MyFutureJobs telah memanfaatkan lebih daripada 17,000 pencari kerja.

• Inisiatif Pelan Pembangunan Strategik 2021-2025 Wilayah Koridor Utara (NCER) dijangka menawarkan 160,000 peluang pekerjaan.

KESTABILAN POLITIK
• Penubuhan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) yang turut disertai oleh parti-parti gabungan yang lain seperti Parti Peribumi Bersatu Malaysia, UMNO, PAS, PBB, MCA, MIC, PRS, SUPP, PDP, PBS, STAR, SAPP dan PBRS.

• Kerajaan PN yang terdiri daripada Parti Bersatu, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Maju Sabah (SAPP) menerima Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sebagai parti komponen terbaharu PN membuktikan kerajaan yang inklusif.

INTERGRITI
• Penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) sebagai bukti komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah dan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) diteruskan.

• Penubuhan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

PEMULANGAN DANA 1MDB
• Sebanyak RM19 bilion berjaya dikembalikan termasuk pengumuman penyelesaian bernilai RM16.6 bilion di antara kerajaan dan Goldman Sachs bagi tujuan tuntutan penyelewengan dana 1MDB.

KESELAMATAN SIBER
• Memperkenalkan Program Strategi Keselamatan Siber 2020-2024 bernilai RM1.8 bilion.

BUMIPUTERA

• Penubuhan Majlis Kemakmuran Bumiputera untuk memperkasa Agenda Bumiputera menerusi Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030.

FELDA
• Terbitan sukuk bernilai RM9.9 bilion oleh FELDA dengan jaminan kerajaan bagi tujuan pelaksanaan pelan pemulihan.

SABAH DAN SARAWAK
• Penubuhan Majlis Khas Mengenai Perjanjian Malaysia (MA) 1963.

• Mencapai kata sepakat dalam urusan minyak dan gas serta cukai jualan ke atas produk petroleum di Sarawak yang melibatkan kerajaan negeri Sarawak serta PETRONAS.

PELANCONGAN
• Merangka Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 menerusi 6 teras strategik utama. Mewujudkan zon pelaburan untuk projek pelancongan atau Special Tourism Investment Zones.

JAMINAN MAKANAN
• Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara.

AGENDA PENGHIJAUAN
• Melaksanakan Program Penghijauan Malaysia menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dari tahun 2021 sehingga 2025.

• Mempengerusikan Majlis Tanah Negara.

PENGANGKUTAN
• Pindaan terhadap Seksyen 41-45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah diluluskan di Parlimen untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pemandu mabuk.

WILAYAH KEMAKMURAN BERSAMA
• Sebagai dasar teras pembangunan negara dengan 3 objektif utama dan 7 teras strategik. Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB) bertindak sebagai mekanisme pemantauan.

KEMAKMURAN
• Memperkenalkan Dasar Perpaduan Negara (DPN) dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030.

• Peruntukan sebanyak RM50 juta untuk Geran Rukun Tetangga di 8,333 Kawasan Rukun Tetangga.

WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT
• Persidangan Dewan Rakyat dan Negara buat pertama kalinya menggunakan khidmat jurubahasa isyarat.

• Pelantikan seorang senator Dewan Negara mewakili golongan Orang Kurang Upaya

• Mewujudkan Talian Khas Kaunseling COVID-19 sebagai pelengkap Talian Kasih 15999

WILAYAH PRIHATIN
• Memperkenalkan Program Kemiskinan Bandar (5MY) Wilayah Persekutuan seperti pekerjaan (MYJob@Wilayah), persekolahan (MYSchoolBus@Wilayah), barangan keperluan asas (MYGrocer@Wilayah), makanan (MYFood@Wilayah) dan perubatan (MYMedic@Wilayah) selari dengan prinsip prihatin kerajaan.

• Memperkenalkan Inisiatif Wilayah Cakna untuk meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan Inisiatif Wilayah Bebas Berniaga selama 6 bulan.

PENDIDIKAN
• Memperkenalkan inisiatif seperti saluran khusus TV, DidikTV KPM dan Inisiatif Cerdik khususnya untuk pelajar B40.

• Menyediakan Manual Pengajaran dan pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai panduan kepada guru.

• Inisiatif #KPTPRIHATIN seperti penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN untuk 1.5 juta peminjam dan peruntukan sebanyak RM41.2 juta bagi bantuan pelan data dan peranti khususnya pelajar B40.

• Kejayaan 5 Universiti Penyelidikan iaitu Universiti Malaya; Universiti Putra Malaysia; Universiti Kebangsaan Malaysia; Universiti Sains Malaysia; dan Universiti Teknologi Malaysia yang buat pertama kalinya berada dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia dalam penarafan antarabangsa QS World University Ranking 2021.

• Pemerkasaan tadbir urus menerusi Jawatankuasa Pemandu dan Teknikal Pemantapan Tadbir Urus Universiti Awam (MANTAP IPTA), Majlis TVET Negara dan Pasukan Petugas Kebangsaan Pemudah Cara IPTS Sebagai Industri (PEMUDAH IPTS).

5 comments:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Artikel PENIPU nak MAMPOS!!

Rupa2nya HUTANG NEGARA bawah si rejim PARASIT Diktator muyiddin/mahiaddin-NAMA PALSU/ rejim BERSATU Perompak NAZI - dah hampir $1 TRILLION, yg. cuba diSEMBUNYIkan, serta SEBENAQnya BAKI ASET IMDB yg. diSEMBUNYIkan oleh rejim BERSATU Nazi ni, rupa2nya masih ada $100 BILLION, serta $35 BILLION dr. DANA2 yg. diterima kononnya utk. PENYELESAIAN IMDB/SRC - SESEN pun TAK digunakan utk. bayaq HUTANG IMDB yg. kononnya $40 BILLION (kalau betul pun ada HUTANG ni, sbb. IMSB/SRC dah diSABOTAJ & diROMPAK habis2an oleh rejim2 PENGGANAS US/SWITZERLAND/SINGAPURA/ISrael-SOROS/ROTHSCHILD, melalui EJEN2 Parasit depa, jho low, Ambank, Goldman Sachs, bekas Gabenor Bank Negara iaitu zety & keluarga dia dll)!!

Di - https://www.facebook.com/157851205951/posts/ini-sebenarnya-sebab-utama-kerajaan-pn-mahu-korek-rm5-biilion-dari-tabung-kwan-u/10157852464100952/

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Dan yg. PELIKnya juga, tiba2 bukan main lagi si rejim DIKTATOR muhyiddin-si GILA SEKS & guna nama PALSU (sampai PENGEDAR DADAH Sabah diBEBASkan sbb. nama PALSU ni) & parti PENYAMAQ yg. BUKAN lagi parti Pribumi yg. diKUASAI si HOMO2 bekas PKR, iaitu BERSATU Parasit NAZI - punya MENYOKONG Undi dr. 18 th. pula!

Maka disyaki, BERSATU Nazi ni sdg. buat PERSEDIAAN utk. menSABOTAJ PRU15 - mcm. PRU14 diSABOTAJ habis2an oleh rejim PH PARASIT-BERSIH Pengganas ASING!!

Di - https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bersatu-sambut-baik-pelaksanaan-undi18-wan-saiful-295650

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Patutlah makin meningkat KAJIAN2 PALSU & PENIPU, yg. DIKTATOR muhyiddin-GILA SEKS, kononnya disokong MAJORITI Rakyat ISLAM/MELAYU kita - termsk. KAJIAN2 PENIPU oleh NGO2 Pengganas Zionis US- CIA/ISrael-MOSSAD/SOROS-ROTHSCHILD!

Kerana KAJIAN2 PENIPU/PALSU ni adalah berdasarkan MO PERANG PSIKOLOGI amat LICIK - utk. MENYEDIAkan minda2 RAKYAT, terutamanya bangsa ORANG ASAL Islam/Melayu kita - utk. terpaksa menerima 'KEMENANGAN' rejim Bersatu NAZI nanti walau PRU 15 disyaki akan diSABOTAJ, mcm. PRU14 diSABOTAJ habis2an oleh rejim PH PARASIT/BERSIH Pengganas ZIONIS Asing (disyaki, dgn. MENUKAR Kotak2 UNDI sewaktu perjalanan ke TPT.2 MENGIRA Undi @ diTPT.2 MENGIRA Undi @ di BALAI2 POLIS, disyaki oleh SPR @ POLIS)!!

Di - http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/04/mampukah-muhyiddin-bertahan.html?m=1

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...
This comment has been removed by the author.
Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

PEMBETULAN:

Ini hasil pemerintahan rejim DIKTATOR muhyiddin-GILA SEKS/BERSATU bangkai NAZI, di - https://suarakitahebat.wpcomstaging.com/2021/04/30/kerajaanpnipuzalimgila-2/

Blog Archive