Saturday, October 17, 2020

TITAH AGONG-SIAPA PEMIMPIN INGKAR?

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (SPBA) mengulangi titah baginda semasa merasmikan Sidang Parlimen ke-14 pada Mei, 2020, agar para MP mempamerkan kematangan berpolitik, dan seterusnyanya menjiwai keluh kesah rakyat, terutama dalam keadaan pandemik Covid-19, agar rakyat tidak menjadi mangsa keadaan.

Pemimpin pertama yang ingkar kepada titah SPBA tersebut adalah Datuk Shafie Apdal, apabila membubarkan DUN Sabah pada 30 julai, 2020, untuk memberi laluan kepada PRN ke-16 Sabah. Impaknya, walaupun Shafie bersedia MATI berbanding menyerahkan jawatan Ketua Menteri, akhirnya RAKYAT Sabah, memaksa beliau menyerahkan jawatan. Namun, kesudahannya, jumlah rakyat Sabah yang dijangkiti Covid-19 mencanak naik, diikuti dengan jumlah kematian yang juga meningkat, termasuk bayi di kawasan Semporna, kawasan Shafie sendiri. 

Sebagai hasil daripada PRN Sabah, bukan sahaja PKPB terpaksa diadakan, malah, Ketua Menteri Sabah yang baru dilantik juga terkena jangkitan Covid-19, dan perlu menjalani rawatan. 

Walaupun pengalaman Sabah mengadakan PRN, telah menyebabkan jangkitan Covid-19, namun TIDAK menghalang 5 MP Pejuang yang diketuai Tun Dr Mahathir, 11 MP Amanah mengemukan USUL TIDAK PERCAYA kepada Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada sesi Parlimen yang bermula pada 2 November, 2020. 

USUL tidak percaya tersebut, boleh dibaca secara berasingan, atau juga boleh menerusi PENOLAKAN BAJET NEGARA TAHUN 2021. 

Tetapi melihat kepada aturan mesyuarat Dewan Rakyat yang mendahulukan URUSAN kerajaan, maka ada kemungkinan USUL tidak percaya, TIDAK sempat dibahas. Namun, peluang menolak BAJET PERSEKUTUAN bagi tahun 2021, boleh menunjukkan bahawa KERAJAAN Tan Sri Muhiyiddin Yassin secara teknikal tumbang. 

Kalau dilihat daripada segi USUL TIDAK PERCAYA, kalau pun USUL itu berjaya, tidak semestinya MP yang menyokongnya, MENYOKONG Pakatan Harapan yang diketuai Dato Seri Anwar Ibrahim. Ertinya, jika DSAI tidak mendapat sokongan 112 atau lebih, maka beliau masih gagal dipersetujui sebagai calon Perdana Menteri, sebaliknya, jika TSMY hanya disokong, katakan 110 MP, ianya masih merupakan sokongan, tetapi BELIAU menerajui KERAJAAN MINORITI. Kerajaan minoriti boleh berfungsi sebagai KERAJAAN, dalam sistem berpalimen yang diamalkan negara.

Memang tidak dapat dielak, sebuah kerajaan dengan majoriti tipis, sebarang pergolakan boleh menyebabkan kerajaan tersebut tumbang.

Juga, tidak dapat dielak, kerajaan yang disokong oleh berbagai parti atau MP yang berlainan parti, perasaan tidak puas hati merupakan cabaran utama. Tiada mana-mana Perdana Menteri atau ketua kerajaan, boleh memuaskan hati semua pihak dalam situasi seperti Kerajaan Perikatan Nasional. 

Di lain pihak pula, ada pemimpin yang kemaruk jawatan Perdana Menteri, jawatan menteri dan kuasa. 

Dalam situasi antara kerajaan dan yang membangkang hanya dibezakan kurang daripada jumlah jari sebelah tangan, pendapat daripada manapun, termasuk TITAH SPBA tidak akan dipatuhi. Namanya juga para pemimpin yang berebut kuasa itu adalah manusia, yang tentunya mempunyai nafsu.

Nafsu tidak akan menghalang keinginan, walaupun nafsu itu diselewengkan, kononnya demi rakyat dan negara.

Bagi pendapat penulis, kerajaan yang ada sudah cukup membela rakyat, sudah cukup berusaha memulihkan ekonomi negara, namun, bagi pemimpin, yang tiada kuasa, ianya tidak cukup, kecuali mereka lah yang memimpin.

Hakikatnya di mata rakyat, yang sudah merasakan selama 22 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan yang diketuai oleh "pemimpin terulung" negara, pun demikian, bukan sahaja hampir meranapkan ekonomi negara, akan tetapi menyebabkan rakyat menderita, malah wakil kerajaan yang tumbang tersebut di Sabah, Warisan Plus, telah menyebabkan ekonomi Sabah menjunam dengan teruk sekali.

Apa kah mengembalikan kerajaan yang GAGAL tersebut, dengan ketua yang berbeza, akan ada lampu alladdin? tidak semena-mena, Lim Guan Eng, Khalid Samad, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Mat Sabu, Teresa Kok, tiba-tiba jadi mahir dan hebat, hanya kerana berperdana menterikan Anwar Ibrahim? Situasi ini lah yang kena difahami oleh UMNO, kerana parti itu lah yang BOLEH MEMPERTAHANKAN kerajaan PN.

Umno perlu mengelak tercatit dalam sejarah negara, yang ingkar TITAH SPBA, dan tidak patut IKUT tindakan Shafie Apdal, yang telahpun melakar sejarah, sebagai PEMIMPIN degil dan tega (sanggup) mengorbankan rakyat Sabah untuk memenuhi nafsu serakah beliau.

4 comments:

Unknown said...

Langkah sheraton tak ingkar kan

Unknown said...

Tu bukan ke juga menidakkan lantikan YDPA

Unknown said...

Jangan double standard

SUARA RAKYAT said...

Tiada Titah sebelum langkah sheraton.

Blog Archive