Friday, October 16, 2020

KERAJAAN PN: JANGAN SUDUTKAN UMNO

BAGI mereka yang mengetahui daripada mula ditubuhkannya KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL, pasti tahu, pendirian UMNO.

Daripada awal-awal lagi UMNO tidak pernah timbul menyokong Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, kerana nama Presiden Bersatu tersebut dicalonkan sebagai Perdana Menteri hanya timbul pada petang 27 Februari, 2020, apabila Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara (interim) menyebut secara sepintas, jika ada sokongan terhadap MP Pagoh tersebut sebagai Perdana Menteri, beliau tiada halangan. 

Bayangan Tun Dr Mahathir tersebut, kerana beliau sudah mengetahui, tiada siapa yang mendapat sokongan majoriti mudah, untuk dinamakan sebagai PM-8, hasil temuduga SPBA terhadap 222 MP. Pada petang itu juga, Tun menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat meminta Sidang Khas Parlimen untuk menentukan siapa PM-8. Namun permintaan tersebut, ditolak Speaker Dewan Rakyat. 

Antara 26 dan 27 Februari, 2020, Walaupun SPBA meminta para MP memilih antara Tun Dr Mahathir atau Datuk Seri Anwar sebagai calon PM-8, akan tetapi UMNO, PAS, MCA, MIC dan PBRS memilih BUBAR PARLIMEN. 

Selepas SPBA selesai berjumpa dan temuduga semua MP, didapati tiada pihak yang mendapat majoriti mudah, 112. Datuk Seri Anwar mendapat sokongan 92, Tun Dr Mahathir 65, Bubar 61, berkecuali 4. 

Oleh kerana tiada pihak yang mendapat sokongan majoriti, maka SPBA meminta ketua-ketua parti yang mempunyai MP menamakan semula calon PM-8, dan hendaklah dipersembahkan kepada Baginda pada 29 Februari, 2020.

Pada 28 Februari, 2020 hingga tengah malam, malah subuh, hanya dua nama dinamakan sebagai calon PM-8, iaitu Datuk Seri Anwar dan Tan Sri Muhiyiddin. 

Ramai pihak sudah menjangkakan, bahawa TSMY akan keluar sebagai pemenang. 

Namun, tiada yang menduga GERAKAN AWAL PAGI SABTU 29 Februari, 2020, Datuk Seri Anwar menarik diri, sebaliknya PH menamakan Tun Dr Mahathir menggantikan beliau. Pada masa kejadian ini, ketua-ketua parti sebahagian sudah dalam perjalanan ke Istana, malah ada yang sudah berada di Istana, sementara Pengerusi GPS- Datuk Patinggi Abang Joehari Abang Openg, sudah melawat kawasan, dan sukar untuk dihubungi, namun GPS Sarawak sebelumnya telah sebulat suara menyokong TSMY. Kerana perubahan calon, daripada DSAI kepada Tun, maka pihak SPBA terpaksa memeriksa semula sokongan GPS Sarawak, samada masih menyokong TSMY atau Tun Dr Mahathir. Selepas mendapat keputusan daripada GPS, baru lah SPBA mendapati, TSMY mendapat sokongan 114, melepasi majoriti mudah yang diperlukan, 112. 

Jika ada pihak yang mengatakan bahawa UMNO khianat, apabila bakal memertimbangkan menarik sokongan terhadap PN, sepatutnya tidak timbul, kerana memangpun UMNO sebagai parti TIDAK menyokong PN, yang menyokong PN adalah para MP UMNO secara individu. 

Keputusan Biro Politik UMNO bakal menarik sokongan, bukan membawa pengertian, bahawa para MP UMNO secara bersendirian, akan juga menarik sokongan. 

Dalam perkara mempertahankan kerajaan PN sehingga PRU-15 atau penggal Parlimen ke-14 tamat pada tahun 2023, para MP UMNO secara persendirian akan kekal menyokong TSMY, walaupun ada ura-ura yang digerakan oleh Tengku Razalegh Hamzah (KULI) yang mungkin terperangkap permainan Tun Dr Mahathir, bahawa untuk mengwujudkan kerajaan yang stabil yang didokong ramai MP, maka KULI merupakan pilihan berbanding TSMY atau DSAI. 

Berkaitan keputusan UMNO sebagai parti, tersangat jelas, daripada awal-awal lagi, bahawa parti itu bukan sebahagian daripada PN. Makna pendirian itu, maka UMNO bersedia bertembung dengan PN pada PRU-15 akan datang. Namun, isu yang didepani parti itu, apabila rakan dalam Muafakat Nasional, parti PAS juga menyokong PN. Selain itu, sudahpun dipersetujui, bahawa dalam MN itu sendiri, ada UMNO, PAS dan Bersatu. 

UMNO menginginkan agar MN didaftarkan secara sah, maknanya UMNO memperkasakan MN. Jika melihat perkara yang diputuskan ini, sebenarnya TIDAK timbul, UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu, hanya, rundingan saksama antara tiga parti itu, perlu secara bertulis, agar tidak berlaku, percangahan atau perbalahan di kemudian hari, khsusnyanya pengagihan kerusi pada PRU akan datang. 

UMNO kalau melihat pada PRN ke-16 Sabah, belum masanya mengaku, bahawa sokongan terhadap parti itu telah kembali, kerana terbukti, kalah di kawasan tradisi parti itu, walaupun mendapat sokongan daripada parti-parti dalam GRS. 

UMNO, PAS dan Bersatu perlu bergerak sebagai sebuah ENTITI, jika tidak, DAP BAKAL mencatur politik bumiputera ditanah air sendiri.

No comments:

Blog Archive