Wednesday, September 02, 2020

SHAFIE HANYA PERLU 27 BULAN HANCURKAN EKONOMI SABAH

SEMASA PKP pandemik Covid-19 bermula pada 18 Mac, 2020, jika bukan bantuan prihatian Kerajaan Persekutuan, 700 ribu rakyat Sabah kebuluran.

Semasa Sidang DUN Sabah pada April, ramai wakil rakyat menyuarakan agar Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan kepada rakyat tanpa mengira latar belakang, Shafie jawab, rakyat jangan mengharap bantuan kerajaan, malah pencacai Warisan Ismaily Bungso menyifatkan perbuatan meminta adalah KEJI.

Sedar kah Shafie, bahawa ramai rakyat Sabah terkesan akibat merudumnya ekonomi Sabah, sebagai impak kepada kerajaan Warisan yang tiada hala tuju.

Fakta tidak pernah berbohong. Laporan statistik negara, ekonomi Sabah merudum dengan teruk pada tahun ini, dan diperkirakan akan negatif, kerana tahun 2019 pertumbuhan hanya 0.5%, tahun 2018 1.5%, berbanding tahun 2017 8.2%.

Beberapa hari lalu, Shafie dengan angkuh berkata, tidak memerlukan peruntukan Persekutuan, kerana Sabah mampu berdikari, sedangkan pada masa sama, rakyat Sabah secara umumnya yang menderita, kecuali penyokong Warisan, termasuk penyokong parti itu yang tinggal di pulau-pulau atau mereka yang menjadi "mangsa" kebakaran.

Shafie tidak berpijak di bumi nyata, ekonomi Sabah daripada tahun 1994-2017 berkembang, kerana menerusi projek-projek yang dibiayai Persekutuan.

Dalam tempoh 27 bulan, Shafie cuba menipu rakyat dengan pengumuman projek berbilion ringgit, termasuk pelaburan syarikat RM2, bernilai RM13bilion. Cuba bayangkan, bagai mana sebuah syarikat RM2 boleh melabur berbilion!!!!. Shafie bertindak sebagai agen scam hanya semata-mata untuk mengaburi mata rakyat, demi kedudukan.

Rakyat Sabah kena bertindak dengan betul, jangan sekali lagi terjerat dengan tipu helah dan janji-janji bulan bintang.

No comments:

Blog Archive