Wednesday, September 02, 2020

SABAH MEMILIH: PRO MANILA ATAU PUTRAJAYA

Datuk Shafie Apdal dengan lantang menentang Putrajaya, tetapi senyap berkaitan Manila.

Pemimpin yang menduduki Putrajaya, mahu Sabah membangun seiringan dengan Persekutuan, mahu kerajaan Sabah sepasukan dengan kerajaan Persekutuan, manakala Manila menutut Sabah sebahagian daripada wilyahnya, tidak bercakap soal pembangunan dan kemajuan, kerana negara itupun tidak mampu membangun dan memajukan wilayah-wilayahnya.

Pemimpin Warisan mengecam pemimpin yang menduduki Putrajaya yang mahukan Kerajaan Sabah sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan, kononnya keinginan itu merendahkan atau memperlekeh kemampuan Sabah membangun dan memajukan negeri.

Shafie dengan lantang, Sabah jangan bergantung kepada Persekutuan, sama dengan kenyataan beliau pada April, 2020 semasa Sidang DUN Sabah, rakyat jangan bergantung dengan bantuan kerajaan.

Dalam dunia ini, baik ekonomi kapitalis atau sosialis, atau apa pun bentuk syarikat, tiada rekod boleh maju sendiri, melainkan saling bergantung antara satu sama lain.

Kenyataan Shafie, hanya untuk tujuan politik, supaya rakyat yang tidak mencerna kenyataan beliau menerima bulat-bulat, sedangkan tindakan itu bukan sahaja menjahanamkan ekonomi negeri akan tetapi rakyat.

Shafie adalah pemimpin yang gagal. Puluhan tahun menjadi MP Semporna, sejak tahun 1995, Semporna kekal tidak maju, malah, mendapat julukkan "tong sampah".

Shafie diberi peluang menerajui KKLW untuk membantu Sabah membangun, tetapi ketiadaan asas membangun, peruntukan KKLW semasa era beliau lenyap, tanpa kesan.

Jelas, melihat kelibat Shafie, menyokong parti beliau akan menjahanamkan Sabah dan rakyatnya, tetapi juga akan memperancak Manila menuntut Sabah.

No comments:

Blog Archive