Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal semakin terdesak apabila sanggup menjaja pelbagai tohmahan dan pembohongan yang tidak berasas, semata-mata untuk kekal berkuasa.
Menerusi ucapan ketika berkempen baru-baru ini, Shafie tanpa segan silu melemparkan tuduhan liar, selain sanggup memanipulasi isu perkauman untuk mengelirukan masyarakat.
Membuat dakwaan palsu semacam satu cara pemimpin Warisan mengelirukan rakyat.
Baru-baru ini, Shafie menuduh bahawa pentadbiran kerajaan sebelum ini dengan sengaja memberikan tanah milik Yayasan Sabah kepada segelintir pihak.
Niat Shafie itu bukan sahaja satu pembohongan tetapi fitnah yang amat jelas, kerana sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, beliau sepatutnya sedar bahawa tuduhan itu tidak benar disebabkan kawasan yang dilesenkan kepada YS tidak boleh diberikan kepada pihak ketiga.
Sebagai pemegang hak tunggal, Yayasan Sabah hanya boleh menjemput pihak ketiga untuk mengeluarkan hasil balak menerusi kaedah Pembalakan Kurang Impak (RIL) atau membangunkan kawasan yang dilesenkan secara kontrak.
Penulis curiga terhadap dakwaan tersebut, kerana biasanya pencuri yang berbuat demikian.
Shafie memilih pembunuhan karakter lawan politik menerusi pembohongan dan fitnah, kerana rakyat yang mendengar, khususnya penduduk kampung tidak berpeluang memeriksa kebenaran dakwaan seperti mana dilemparkan.
Shafie demi kuasa dan kedudukan, sanggup bermain kotor, tanpa segan silu.
Selama 27 bulan sebagai Ketua Menteri Sabah, Shafie tidak dapat menunjukkan sebarang perubahan positif kepada negeri dan rakyat, melainkan malapetaka yang melanda perekonomian negeri, termasuk peningkatan jumlah pengangguran.
No comments:
Post a Comment