PENGALAMAN Sabah dalam membentuk kerajaan, terus dicemari bermula tahun 1985, apabila TYT Sabah berpihak, tidak bebas dalam pemilihan kerajaan.
Kerana tindakan tidak bebas itu, mahkamah Persekutuan dalam kes rayuan Tan Sri Musa Aman lawan TYT Sabah dan Datuk Shafie Apdal, berpandangan Mahkamah perlu membuat keputusan "once for all" agar krisis sedemikian dihentikan buat selama-lamanya. Malah, mahkamah juga berpandangan, krisis seumpama itu akan berulang, selepas PRN-16 Sabah.
TYT sepatutnya menjadi pengadil yang baik berasaskan kandungan Perlembagaan Sabah, tidak lebih dan tidak kurang, kerana beliau tiada rizab berkaitan budibicara sendiri, kerana jawatan TYT itu terwujud kerana perlembagaan, bukan sebaliknya.
Kerana DUN Sabah sudah dibubar, dan SPR telahpun menetapkan 26 September, 2020 sebagai tarikh pilihan raya, sedangkan rayuan semakkan kehakiman Musa, belum ditentukan tarikhnya, maka dikemudian hari, isu tersebut menjadi krisis perlembangan dalam negara, yang terus tergantung.
7 September, 2020, mahkamah rayuan akan membuat keputusan, apa kah pembubran DUN Sabah pada 30 julai sah atau tidak. Jika mahkamah rayuan mengambil tahu keputusan mahkamah Persekutuan yang dikeluarkan semalam, maka pembubaran DUN Sabah adalah tidak sah, kerana diminta oleh Ketua Menteri yang tidak sah.
Jelas penghakiman Mahkamah Persekutuan berkaitan kemelut ketua menteri sah Sabah, tindakan TYT pada 12 Mei, 2018 "melampaui" kuasa beliau dalam Perlembagaan Sabah. Kerana perlantikan Shafie tidak mengikut perlembagaan, maka apa-apa tindakan beliau juga dianggap tidak berperlembagaan, termasuklah sidang DUN Sabah pada Jun, 2018 yang menunjukkan sokongan terhadap beliau.
Mahkamah Persekutuan juga, mendapati samada keputusan Mahkamah Tinggi, Kota Kinabalu dan Mahkamah Rayuan yang menolak semakan kehakiman berkaitan perlantikan Shafie, adalah silap, dan tidak boleh digunapakai.
Kerana keputusan mahkamah Persekutuan, terlambat, sedangkan DUN Sabah telah dibubarkan, maka adalah tugas Mahkamah Rayuan, untuk menangguhkan pilihan raya Sabah, menunggu rayuan Musa diselesaikan terlebih dahulu, supaya krisis selanjutnya tidak timbul.
Mahkamah perlu memutuskan terlebih dahulu, sejauh mana kuasa TYT Sabah dalam menentukan kerajaan atau Ketua Menteri Sabah, sebelum PRN Sabah dilaksanakan, jika tidak, seperti mana anggapan Mahkamah, pengelibatan TYT diluar kuasa dalam Perlembagaan , akan terus berlaku.
No comments:
Post a Comment