Datuk Shafie Apdal, kalau diadili sebagai pelakon, sudah tentu menang pelakon terbaik. Sebagai pelakon, beliau berjaya melakukan berbagai mimik muka dan aksi semasa PRU-14 lalu, selain membuat berbagai janji bulan bintang kepada rakyat.
Selepas menjadi Ketua Menteri- Tindakan pertama yang Shafie langgar adalah Jawatan Menteri Kewangan; semasa kempen PRU-14 dia mengecam, Ketua Menteri yang memegang jawatan tersebut.
Tindakan melanggar janji-janji berikutnya- Apabila melantik orang luar menjadi Presiden Majlis Perbandaran Sandakan; melantik pemimpin politik sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah; melantik pemimpin politik sebagai Pengerusi-pengerusi GLC Sabah- contoh Datuk Richard Gunting sebagai Pengerusi SEDCO- Aziz Jamman (anak saudara beliau) sebagai Pengerusi Warisan Harta; sedangkan semasa kempen PRU-14 berdegar-degar memberi tahu rakyat tiada pemimpin politik bakal dilantik ke dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.
Melanggar janji tidak melantik pemimpin politik ke dalam syarikat-syarikat kerajaan adalah penipuan Shafie kepada rakyat; namun penipuan paling besar, apabila beliau melantik orang-orang Semporna dan saudara mara beliau ke dalam jabatan-jabatan kerajaan, menduduki jawatan-jawatan utama atau penting.
Janji memansuhkan pembalakan, hanya satu lakonan, kerana sebaik sahaja Shafie menjadi Ketua Menteri- jalan raya dipenuhi lori-lori balak, sedangkan keadaan demikian, hanya berlaku pada tahun 70-an dan 80-an di Sabah.
Janji mengatasi banjir, khususnya Kota Belud dan Penampang, sehinggakan berbohong tahap gaban, kononnya banjir di Penampang kerana pembalakan di Keningau. Sehingga kerajaan Warisan Plus tumbang, masalah banjir sedikitpun tidak teratasi.
Janji memanggil pulang 400,000 rakyat Sabah yang bekerja di luar Sabah khususnya di Lembah Klang, kerana Kerajaan Warisan akan membuka ratusan ribu peluang pekerjaan, hanya satu penipuan, kerana selama 27 bulan, bukan peluang pekerajaan yang dicipta, tetapi pengangguran bertambah hampir 200,000.
Janji membaiki ekonomi Sabah- bukan membaik malah merudum dengan teruk, daripada 8.2% (tahun 2017) kepada 1.5% (tahun 2018) dan 0.5% (tahun 2019), dan negatif (tahun 2020).
Semasa jadi Ketua Menteri mengumumkan memberi bantuan Covid-19 kepada rakyat- sehingga kini, hanya penyokong Warisan sahaja yang dapat, itupun jumlahnya tidak sampai 150,000 orang berbanding Kerajaan Persekutuan yang menyalurkan bantuan kepada hampir 800,000 rakyat Sabah.
Lakonan yang paling hebat Shafie adalah apabila beliau menjadi BAPA PEMOTONG RIBON projek-projek era BN; BAPA MENGAKUN GERAN TANAH ADAT, sedangkan proses penyiapan geran tersebut telah bermula sejak tahun 2010 dengan bantuan Kerajaan Persekutuan, dan geran2 yang siap diserahkan kepada pemohon secara beterusan.
Apa yang paling dahsyat lagi, bantuan one-off RM10juta menerusi Yayasan Sabah kepada pelajar-pelajar yang menjejaki pengajian tinggi, dimonopoli oleh para penyokong Warisan, bukan untuk rakyat Sabah secara umumnya.
Daripada segi politik- mulut Shafie membuak-buak tidak akan bekerjasama dengan parti-parti Malaya, tetapi bercium mulut dengan PKR dan DAP, dan kini Pejuang-parti Dr Mahathir.
No comments:
Post a Comment