Tuesday, September 15, 2020

SABAH MEMILIH: WARISAN PLUS BUKTI MUAFAKAT BERBANDING PARTI GRS

DALAM usaha memperlihatkan kesatuan, PN, BN dan PBS membentuk gabungan baharu yang dinamakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Gabungan itu nampaknya hanya atas nama, kerana di peringkat bawah, masing-masing parti tidak menjual nama itu kepada pengundi, sebaliknya memilih parti masing-masing.

Parti-parti dalam GRS, walaupun mempunyai musuh yang sama, iaitu Warisan Plus, akan tetapi, muafakat antara parti-parti tidak tercapai, kerana 17 kawasan parti-parti dalam gabungan itu terpaksa bertembung sesama sendiri.

GRS juga mempunyai isu utama, iaitu calon Ketua Menteri, kerana tiada kesepakatan siapa pemimpin yang bakal menduduki kerusi panas tersebut.

Bagi parti-parti dalam GRS, terpaksa berusaha menang sebanyak mungkin kerusi, sebagai asas untuk dipilih menduduki jawatan tersebut.

Untuk rekod, Umno bertanding 32 kawasan DUN, manakala Bersatu 19. 

Di atas kertas, parti yang bersaing menduduki jawatan Ketua Menteri adalah daripada Umno dan Bersatu.

Dalam pilihan raya kali ini, parti-parti yang ingin membentuk kerajaan perlu menang sekurang-kurangnya 37 kerusi daripada 73 kawasan DUN yang dipertandingkan.

Di atas kertas, walaupun GRS berhadapan bertembungan sesama sendiri di 17 kawasan, gabungan itu sekurang-kurangnya boleh menang 37 kawasan, antaranya Dun Usukan, Sulaman dan Lamag.

Nampaknya untuk sementara, walaupun Warisan Plus menunjukkan kemuafakatan yang lebih baik berbanding GRS, namun, pengundi nampaknya akan memberi mandat kepada GRS membentuk kerajaan, kerana pengalaman mereka selama 27 bulan di bawah Warisan Plus, kemajuan Sabah daripada semua segi terus merudum.

Shafie, hanya pandai berjanji bulan bintang, malah kerana kesilapan beliau, Filipina memasukkan Sabah dalam Peta Passport negara itu.

Rakyat Sabah perlu bertindak bijak, memberi Warisan Plus mandat, membuatkan Sabah terdedah kepada tuntutan Filipina secara berterusan, apa tah lagi.. slogan Warisan " In God We Trust" "Unit We Must" dan " Sabah kami punya" menggambarkan, pemerintahan Warisan Plus, bukan untuk rakyat Sabah secara keseluruhan.

No comments:

Blog Archive