Sunday, September 13, 2020

GABUNGAN RAKYAT SABAH- MENANG DULU-BARU FIKIR SIAPA KETUA MENTERI

MEMANG julung kali, pakatan-pakatan parti dalam pilihan raya Sabah, tidak menamakan calon Ketua Menteri, sebaliknya bervisi menang dahulu, baru memikirkan siapa calon.

Semalam, Tan Sri Muhiyiddin Yassin semasa mengumumkan flatform parti-parti  dalam Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan PBS yang kini dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah membayangkan, bahawa Ketua Bersatu Sabah- Datuk Hajiji Haji Noor mempunyai potensi untuk dipilih sebagai Ketua Menteri, jika pada 26 September, 1.12 juta pengundi Sabah memberi mandat pada gabungan tersebut.

Kemenangan calon-calon GRS agak terencat, kerana berlakunya pertembungan sesama sendiri di beberapa kawasan, selain kehadiran beberapa pemimpin yang mesra dengan gabungan tersebut bertanding sebagai calon bebas.

Pertembungan secara sendiri, pada hakikatnya memberi kelebihan kepada calon-calon Warisan Plus.

Secara kasar atau sepintas lalu, melihat senarai calon-calon di 73 kawasan yang dipertandingkan, GRS, berpotensi menang sekurang-kurangnya 37 kawasan, manakala Warisan plus 34 dan parti-parti lain seperti Usno dan PCS bakinya.

Nampaknya, nisbah kemenangan PRU-14, akan berulang. Namun nisbah itu boleh berubah bergantung gerakan jentera masing-masing semasa tempoh kempen.

Banyaknya kerusi dimenangi baik Warisan Plus mahu GRS, sangat bergantung pada gerak kempen semasa tempoh kempen.

Bagi parti-parti dalam GRS, masing-masing berusaha untuk menang sebanyak mungkin kerusi, kerana jumlah kerusi, akan memberi peluang kepada pemimpin parti-parti tersebut dipilih menduduki kerusi Ketua Menteri.

1.12 juta pengundi akan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 22 dan 26 September.

No comments:

Blog Archive