Thursday, September 10, 2020

SABAH MEMILIH- KETEPI MUSA- BN UNDANG PADAH

SEMASA hidup seniman ulung negara- Tan Sri P Ramlee pernah berkata"Irama dan lagu tak boleh dipisahkan, kalau dipisahkan pincanglah lagu dan rosaklah seni".

Demikian juga apabila Bn khususnya Umno tidak menyenaraikan Tan Sri Musa Aman sebagai calon mewakili parti itu pada PRN ke-16 Sabah, maka pincang lah poltik Sabah.

Musa adalah ikon politik Sabah. Musa adalah ikon kemajuan dan pembangunan Sabah. Kerana beliau, pemerintahan Warisan Plus hanya berumur 27 bulan. Beliau berkorban, beliau merancang, agar rakyat terlepas dengan cepat daripada cengkaman Warisan Plus yang dikemudi Datuk Shafie Apdal.

Musa menjadikan dirinya lilin dalam arena poltik Sabah, dan memberi sinaran kepada pemimpin lain.

Pemimpin menganggap Musa sebagai pesaing utama. Untuk menidakkan saingan itu, maka tindakan pertama, tidak mencalonkan beliau.

Penulis tidak habis fikir, di kalangan pemimpin Umno atau Bn, setakat ini, tiada sesiapapun boleh menandingi ketokohan Musa. 

Pemimpin berfikiran lain. Pengundi berfikiran lain. Pengundi ribuan kali jumlahnya berbanding pemimpin. Pengundi menentukan kedudukan pemimpin.

Musa telah memberi isyarat, mahu menyertai pilihan raya. Namun, isyarat itu, tidak disambut dengan baik oleh pemimpin Umno.

Di kala, anggapan bahawa BN dan PN akan menang pilihan raya, kini menjadi tanda tanya, kerana ketiadaan Musa, boleh mengundang protes malah sabotaj di kawasan-kawasan yang ditandingi Umno atau Bn, malah PN tidak terlepas daripada palitan.

No comments:

Blog Archive