Wednesday, September 09, 2020

SABAH MEMILIH-TINDAKAN KAMIKAZI MENGENEPIKAN MUSA

PERSEPSI pemimpin tidak sama dengan persepsi rakyat. Ambil contoh, bagai mana pemimpin Umno menjauhi Dato Seri Najib Razak, namun akhirnya mereka akur, apabila mantan Perdana Menteri itu kekal disokong rakyat.

Demikian juga persepsi pemimpin Umno Sabah terhadap Tan Sri Musa Aman, terutama mereka yang diberi peluang menerajui Umno Sabah, tidak akan sama dengan persepsi rakyat.

Ambil contoh, bagai mana Musa dapat mengumpul 32 ADUN untuk menumbangkan kerajaan Warisan, walaupun usaha itu berjaya dipintas oleh Datuk Shafie Apdal dan TYT.

Melupakan Musa dalam PRN Sabah, adalah satu tindakan KAMIKAZI baik pada BN mahupun Bersatu.

Musa adalah mangsa keadaan. Beliau menjadi mangsa oleh kawan-kawan sendiri. 

Musa tidak membawa sesiapa semasa beliau diheret ke mahkamah. Beliau berjuang sendirian, sehinggakan mahkamah akhirnya membersihkan nama beliau.

Sebaik mahkamah membersihkan nama Musa pada Jun, 2020, mantan Ketua Menteri tersebut mampu mengumpul kekuatan, sehinggakan dapat menumbangkan kerajaan Warisan Plus.

Jika Musa diketepikan pada PRN Sabah, akan tercatit dalam sejarah politik Sabah, beliau menjadi lilin kepada pemimpin politik Sabah, walaupun jasa dan pengorbanan beliau tidak dihargai.

No comments:

Blog Archive