Wednesday, September 09, 2020

SABAH MEMILIH- ESOK AKAN DIKETAHUI KEKUATAN PARTI-PARTI YANG BERTANDING

ESOK, 10 September, 2020, BN dan PPBM serta Warisan Plus, masing-masing akan mengumumkan senarai calon bagi merebut 73 DUN yang dipertandingkan.

Melihat senarai dan komposisi parti-parti yang bertanding, akan terlihat gambaran kekuatan masing-masing.

Setakat ini, masih simpang siur, berkaitan calon-calon yang bertanding, baik yang mewakili BN, PPBM mahupun Warisan Plus.

Bagi Umno sudah memberi isyarat, 85% senarai calon adalah muka-muka baharu (tidak bermakna berumur muda), manakala PPBM akan menyeraikan mantan-mantan ADUN, selain beberapa muka baru. Manakala Warisan pula, selain mempertahankan sebahagian besar mantan ADUN, juga akan menyenaraikan sebahagian besar MP parti itu bertanding di peringkat DUN.

Setakat ini, belum kedengaran, akan bila kah PBS dan STAR mengumumkan senarai calon, namun kebiasaannya, calon-calon parti-parti itu akan diketahui selepas penamaan calon.

Para PRN kali ini, pertembungan antara parti-parti khususnya yang mesra Perikatan Nasional, mungkin akan berlaku, kerana kerumitan mengambil keputusan untuk kawasan-kawasan tertentu, parti mana yang wajar bertanding. Pun demikian, untuk sementara, ianya hanya spekulasi. Kemuktamadan akan dikenal pasti selepas penamaan calon pada 12 September.

Juga, tidak ketinggalan, parti-parti seperti USNO dan PCS, dikhabarkan akan bertanding sebanyak mungkin kerusi, sebagai alternatif kepada pengundi untuk diberikan mandat menerajui Kerajaan negeri.

USNO diketuai oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia, manakala PCS oleh Datuk Anifah Aman. Kedua-dua parti ini merupakan parti yang bergerak tanpa kerjasama atau ikatan dengan parti-parti yang didaftarkan di luar Sabah.

Jika benar lah, kecenderungan  pengundi Sabah adalah parti tempatan, maka baik USNO mahupun PCS, akan menjadi pilihan.

Dalam politik, semua boleh berlaku, kerana politik itu sendiri, adalah medan penuh kemungkinan.

Selain esok dan 12 September, diketahui senarai calon-calon yang bakal bertanding, juga pada 26 September, 2020, akan diketahui, parti mana diberi mandat oleh 1.12juta pengundi Sabah yang tersebar di 73 DUN.

Sementara itu PKR sudah mengumumkan akan bertanding 14 kerusi, iaitu N. 20 Api-Api; N. 18 Inanam; N. 09 Tempasuk; N. 14 Tamparuli; N. 05 Matunggong; N. 32 Klias; N. 45 Sook; N. 43 Kemabong; N. 61 Segama; N.27 Limbahau; N. 51 Sg Manila; N. 31 Membakut; N. 08 Pintasan; dan N. 23 Petagas. 

No comments:

Blog Archive