Wednesday, September 16, 2020

PRN SABAH: GRS LEPAS PELUANG

PELUANG di depan mata, dilepaskan begitu sahaja. Demikian lah keadaan yang berlaku pada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai PN dan BN, tetapi hanya acah-acah oleh PBS.

Parti-parti seperti STAR, PBRS dan PBS boleh menang di kawasan majoriti KDMR, tetapi bertembung sesama sendiri, maka peluang itu dilepaskan begitu sahaja.

Kerana pertembungan, kawasan-kawasan selamat, menjadi kelabu, malah bertukar hitam.

Setidak-tidaknya 12 kawasan selamat, mempunyai kerbarangkalian besar ditawan pihak Warisan Plus.

Sudah lah senario politik Sabah hampir terbahagi dua, antara Warisan Plus dan GRS, maka impak kepada pertembungan sesama sendiri, menyebabkan kelebihan kepada Warisan Plus.

Kenyataan Presiden Umno- Datuk Zahid Hamidi, bahawa mendapatkan majoriti mudah bagi GRS terlalu awal untuk diperkatakan, sangat munasabah.

Pengalaman BN berdepan pilihan raya, sangat mudah mencongak kerbarangkalian mood pengundi.

Dalam keadaan pecah undi, tiada pihak yang boleh menyelamatkan calon-calon GRS, hanya terpaksa menunggu ketentuan Tuhan Yang Maha Esa.

Pada PRU-14, kerana pecah undi lah, BN kehilangan kuasa. 

Jika ditakdirkan, GRS gagal menumbangkan Warisan Plus, maka tiada siapa yang boleh dipersalahkan, kecuali diri sendiri.

No comments:

Blog Archive