Friday, September 18, 2020

SABAH MEMILIH- MUSA AMAN TURUT BERKEMPEN

Tan Sri Musa Aman walaupun tidak bertanding pada PRN Sabah kali ini, akan tetapi tetap turun padang, pendekatan yang sinonim dengan mantan Ketua Menteri terlama Sabah tersebut.

Pada Khamis beliau turut sama berkempen menyertai Perdana Menteri di Beaufort Sabah, khususnya di Dun Klias dan Kuala Penyu. Dalam perjalanan pulang beliau sempat berkempen di Dun Membakut.

Hari ini, Jumaat program kempen beliau agak padat, bermula di Dun Kiulu, Tamparuli, Sulaman dan Pantai Dalit.

Musa membalaskan sokongan kawan-kawan dahulu semasa beliau menerajui kerajaan negeri.

Selepas ini Musa akan turun ke pedalaman, antara lain Dun Tambunan, Bingkor, Liawan dan Tulid.

Minggu depan , progam mantan Ketua Menteri tersebut akar mengempur pantai timur Sabah termasuk DUN Sungai Sibuga yang ditandingi adik kepada TYT Sabah mewakili Warisan.

Dun Sungai Sibuga sebelum dipecah kepada Dun Sungai Manila dan Sungai Sibuga, pernah diwakili Musa sejak tahun 1994 sehingga 29 Julai, 2020.

Dalam siri kempen, Musa menyeru pengundi Sabah UBAH BALIK, kerana pengundi tertipu oleh Warisan pada PRU-14 menerusi slogan mereka UBAH!!!.

Kerana kerajaan negeri terubah, maka akibatnya, rakyat susah, ekonomi merudum dan teruk, pengangguran bertambah, Sabah dimasukkan dalam peta passport Filipina, kerana kesilapan Shafie yang mengikturaf tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Menurut Musa, pengundi Sabah yang berjumlah 1.12juta, tiada pilihan lain selain menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 26 September, 2020, kerana menyelematkan rakyat dan negeri daripada kemusnahan yang lebih teruk.

No comments:

Blog Archive