Sunday, September 20, 2020

SABAH MEMILIH-UBAH BALIK :MUSA

PADA 26 September, 2020 1.12 pengundi Sabah mempunyai peluang emas MENGUBAH kerajaan GAGAL kepaada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perlu dingatkan MENGAPA Datuk Shafie Apdal, tidak MEMBANGKITKAN pencapaian dan kejayaan kerajaan beliau? sebabnya, TIADA yang boleh dibangkitkan, atas sebab SEMUA pembangunan dan pencapaian KERAJAAN Sabah, hanya kerana KERAJAAN lalu.

Shafie cuba menyorok dalam PERKATAAN "UNITY" berlambangkan PARAS beliau, SEMATA-MATA meminta simpati daripada rakyat, KERANA kaedah itu sahaja yang boleh beliau ucapkan kepada pengundi.

Presiden Warisan itu bersembunyi di belakang MARUAH SABAH, RAKYAT SABAH, SABAH KITA PUNYA, untuk mempengaruhi pengundi MELUPAKAN janji-janji bulan bintang, janji bohong kepada rakyat.

Shafie semasa mengumumkan PAKEJ BANTUAN COVID-19, dengan nada megah BERKATA- SEMUA bantuan tunai telah dimasukkan dalam akaun penerima; Rakyat tidak perlu keluar rumah, kerana bantuan keperluan dapur akan dihantar ke depan pintu rumah; semua itu adalah bohong, kerana sebahagian besar rakyat tidak menerima-apabila rakyat merungut telah tertipu-Shafie membuat kenyataan- MEMOHON MAAF, ATAS SEBAB BANTUAN-BANTUAN TIDAK DAPAT DITUNAIKAN, sambil BERKATA, RAKYAT JANGAN BERGANTUNG KEPADA BANTUAN KERAJAAN.

Selain itu Shafie melanggar JANJI beliau- Tidak memegang jawatan Menteri Kewangan-sebaliknya beliau lakukan; Tidak melantik kroni dalam syarikat-syarikat kerajaan-sebaliknya beliau lakukan; tidak memberikan projek kepada kroni-kroni-sebaliknya beliau lakukan; tidak melantik saudara mara menduduki jawatan-jawatan penting kerajaan-sebaliknya beliau lakukan.  Apa yang paling menjolok mata, apabila beliau MELANTIK TIMBALAN KETUA MENTERI DARIPADA daerah yang sama dengan beliau- membenarkan bahawa Sabah ini- SEMPORNA PUNYA!!!.

No comments:

Blog Archive