Sunday, September 20, 2020

SABAH MEMILIH-SHAFIE HANYA GUNA EMOSI RAKYAT

Datuk Shafie Apdal memilih membangkitkan EMOSI rakyat- seperti 

Rakyat Sabah tanam kelapa sawit, berhujan, berpanas, teruk menuai, tetapi CUKAI Kuala Lumpur ambil;

UMNO menang undi kerana tabur duit- Sedangkan akaun UMNO kena beku oleh SPRM;

Di Malaya banyak Universiti, di Sabah hanya satu Universiti, iaitu UMS, 

Di Malaya jalan-jalan baik, di Sabah berlopak;

Malaya kaut hasil minyak dan gas, Sabah dibiarkan merana.

Tetapi apa yang disorok oleh Shafie- selama 26 bulan beliau berkuasa dan 22 bulan PH berkuasa yang mana beliau adalah sebahagian daripada kerajaan- mengambil tindakan BATAL-BATAL semua projek untuk rakyat di Sabah, termasuk loji-loji air di Lahad Datu dan Tawau; menangguhkan pelaksanaan Pan Borneo; membatalkan paip gas ke Pantai Timur dan banyak lagi; sebaliknya melakasankan Empangan Kaiduan yang beliau tantang, dengan menggantikan nama kepada Empangan Papar, dengan kos RM2bilion, kerana projek itu diberikan kepada kroni DAP, sebab masa Lim Guan Eng adalah Menteri Kewangan!!!.

Shafie menyembunyikan semasa beliau menteri RM1.5bilion dana pembangunan Sabah lesap, sehinggakan beliau ditahan SPRM, tetapi beliau untuk sementara bernasib baik, kerana kebetulan PH berkuasa, dan peguam negara lantikan PH tidak membuat dakwaan.

No comments:

Blog Archive