Tuesday, September 22, 2020

SABAH MEMILIH- BERBAKI 4 HARI- GRS ATAU WARISAN PLUS?

73 kawasan DUN direbut oleh 446 calon semasa PRN ke-16 Sabah.

Daripada seluruh calon-calon tersebut, hanya calon-calon daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada parti BN, PN dan PBS serta Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan, DAP, PKR dan Amanah yang menonjol, walaupun satu dua calon daripada USNO dan PCS juga diperkirakan bakal dipilih di kawasan-kawasan tertentu, antaranya DUN Pintasan dan Bongawan.

Boleh dikatakan semua pemimpin utama daripada kedua belah pihak datang berkempen di Sabah, kecuali Tun Dr Mahathir daripada PEJUANG, sekutu Shafie di Semenanjung, namun beliau diwakili anak beliau Datuk Mukhriz Mahathir.

Shafie cuba memberi tahu pengundi Sabah, rakyat negeri ini TIDAK perlu diberi tunjuk ajar oleh pemimpin luar untuk memerintah dan mentadbir negeri, sebaliknya, pemerintahan dan pentadbiran ditentukan oleh rakyat Sabah sendiri.

Tetapi, pada masa yang sama rakyat Sabah tahu, semua itu hanya retorik dan gimik, kerana Shafie sangat bergantung pada pemimpin luar terutama Tun Dr Mahathir, Lim Kit Siang  dan Lim Guan Eng.

Rakyat Sabah tahu, DAP sanggup tidak menggunakan lambang ROKET semasa pilihan raya ini, sesuatu yang janggal daripada parti CHAUVINIS tersebut, kerana semata-mata menggunakan Shafie dan Warisan sebagai BATU LONCATAN menguasai Sabah.

Rakyat Sabah perlu ingat, betapa lemahnya Shafie jika berhadapan dengan DAP, apabila SANGGUP melantik bukan rakyat Sabah sebagai ADUN dilantik mewakili DAP pada DUN ke-15 lalu.

Walaupun sebahagian daripada 1.12 juta pengundi Sabah masih termakan janji-janji bulan bintang dan retorik politik Shafie, tetapi sebahagian besar telah sedar, betapa lemahnya Shafie, apabila berhadapan dengan DAP. Shafie menjadi lemah, kerana mengharapkan undi cina, kerana kaum itu majoriti masih menyokong DAP.

Shafie sedar, bahawa majoriti bumiputera tidak menyokong beliau, atas sebab, beliau dan Warisan hanya menggunakan golongan terbesar itu membantu kroni beliau dan DAP, seperti mana dibukti selama 26 bulan beliau memerintah Sabah.

Niat jahat pemimpin Warisan tidak menunggu lama, apabila Datuk Mohamadin Ketapi, calon Warisan bagi DUN Segama, Silam, menghina pasukan Angkatan Bersenjata Malaysia, kononnya semasa peristiwa Kg Tandauo, hanya berperang dengan ANJING DAN AYAM!!!. sendangkan, ramai anggota pasukan keselamatan terkorban!!!,

Pemimpin Warisan hampir sama dengan pemimpin DAP termasuk pemimpin Amanah, yang mengiktiraf komunis adalah PEJUANG yang memerdekakan negara. Mereka ini lah yang kerap menghina pasukan keselamatan negara, termasuk dakwaan HANYA MAKAN GAJI BUTA.

Majoriti pengundi Sabah, perlu bertindak bijak pada 26 September, 4 hari lagi, TERSALAH PANGKAH, akan menjadikan NEGERI ini terancam dan tergugat, khususnya daripada PTI, kerana jelas Warisan dan pemimpinnya mesra dengan pendatang asing ini, termasuk menghalalkan keberadaan mereka di negeri tercinta ini, malah Shafie sanggup menyediakan kawasan penempatan kekal dan tetap termasuk memberikan sebuah pulau, dan pulau itu nanti, bakal dijadikan sebagai kawasan persempadanan baru pilihan raya.

Rakyat Sabah perlu benar-benar sedar, bahawa Shafie bukan lah pemimpin yang membela rakyat, seperti mana desakan beliau, agar pesakit COVID-19 dibenarkan mengundi, sedangkan virus itu telah mejangkiti lebih 30 juta penduduk dunia, dan setakat ini, hampir 1 juta telah maut.

Membenarkan pesakit COVID-19, bermakna membuka ruang seramai mungkin pengundi Sabah dijangkiti, dan terancam MAUT!!!.

Pengundi Sabah sekali lagi diminta benar-benar membuka mata, kerana Shafie bukan lah pemimpin yang perlu disokong, kerana beliau hanya mementingkan diri sendiri, hanya menjadikan rakyat untuk memenuhi hawa nafsu beliau.

Syukur pada Tuhan Yang Maha Kuasa, selama 12 hari kempen, GRS diterima pengundi, dan mendahului di 37 kawasan DUN, khususnya kawasan tradisi BN!!!.

Jentera GRS digerakkan secara berpasukan, termasuk disemua peringkat, tanpa melihat siapa BOSS, sebaliknya berganding bahu untuk mencapai kemenangan dengan satu VISI: UBAH BALIK!!!!.

No comments:

Blog Archive