Friday, September 25, 2020

SABAH MEMILIH- GRS DIJANGKA MENUBUHKAN KERAJAAN BAHARU

ESOK 26 September, 2020, dijangka 65% daripada 1,103,646 bakal menunaikan tanggungjawab. 

Pada 22 September, 14,935 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka.

Esok, 1,088,711 pengundi berdaftar akan melaksanakan tanggungjawab. 

Dijangka daripada keseluruhan pengundi berdaftar, sejumlah 717,400 akan berbaris di semua PDM di seluruh 73 kawasan DUN yang dipertandingkan.

Menjelang tamatnya tempoh berkempen pada 12 tengah malam ini, dijangka, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai Perikatan Nasional (BN), Barisan Nasional (BN) dan PBS akan mendapat kerusi yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan baharu Sabah.

GRS dijangka banyak mendapat kerusi di kawasan Pantai Barat Sabah, selain di Tawau dan Pedalaman, malah akan menang semua kawasan DUN dipertandingkan di Parlimen Kinabatangan dan Beluran.

Diakui, calon Warisan Plus bersaing dengan sengit dengan GRS bagi di dun-dun yang berada dalam Parlimen Semporna, Silam, Batu Sapi dan Libaran.

Walaupun berlaku lakonan daripada Dato Seri Anwar Ibrahim, kononnya beliau mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen yang membawa erti, kerajaan PN yang diterajui Tan Sri Muhiyiddin Yassin secara teknikal kehilangan sokongan, apa tah lagi ditambah kenyataan Presiden UMNO-Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, kononnya ada beberapa MP Umno menyokong Anwar secara bersendirian.

Melalui kenyataan Zahid tersebut, megesahkan bahawa TSMY kehilangan majoriti, kerana jumlah yang menyokong beliau adalah 114 termasuk semua MP Umno. Jika, 3 MP sahaja berpaling tadah, maka dengan sendirinya, kerajaan PN kehilangan sokongan majoriti.

Akan tetapi, dakwaan Anwar, bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti, akan tetapi Warisan-UPKO tidak menyokong dan Pejuang pimpian Tun Dr Mahathir juga tidak menyokong. Dengan senario tersebut, maka dengan sendirinya, tidak kurang 19 MP Umno bakal menyokong Anwar!!! siapa kah mereka??? Tak kan termasuk BOSSKU atau Datuk Ahmad Maslan!!! atau Tan Sri Annuar Musa!!!.

Walaupun adanya tindakan GEMPAQ Anwar, pengundi Sabah tidak terpengaruh, walaupun ada yang agak terperanjat PADA AWALNYA, kerana pengundi Sabah maklum sangat LAKONAN DATO SERI ANWAR!!!.

Melihat susun atur kempen GRS, dan berdasarkan pengamatan lapangan, setakat pukul 12 tengah malam semalam, GRS masih didepan untuk 37 kawasan DUN.

Walaupun demikian, tiada yang boleh mencongkak, hala tuju, pengundi Sabah, kerana memang sifat pengundi Sabah yang sangat pragmatik, sukar untuk dikenal pasti, contohnya seperti pada tahun 1976 dan 1985!!!. malah pada PRU-14 lalu.

1 comment:

Unknown said...

Tabik hormat kepada ramalan Tuan.
Sangat tepat.
Ramalan GRS menang 37 menjadi 38.
Peratus keluar mengundi pun sangat tepat ramalan.

Blog Archive