Monday, September 28, 2020

SABAH MEMILIH-KAUM CINA SABAH TOLAK GRS

KEPUTUSAN PRN Sabah ke-16, jelas sekali, kaum cina Sabah tidak menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai BN, PN dan PBS. 

Kawasan-kawasan majoriti kaum cina, semuanya dimenangi samada oleh DAP, Warisan atau PKR. 

Timbalan Ketua Menteri Sabah seperti mana diperkenalkan oleh PBS tahun 1985, berkekalan sehingga lah ke era Warisan Plus, walaupun komposisi tiada timbalan ketua menteri daripada kaum itu pernah berlaku kurang 24 jam selepas PRU-14, pada Mei, 2018, kerana semasa BN Plus membentuk kerajaan, tiada seorangpun ADUN kaum tersebut menyertai gabungan tersebut. 

Oleh kerana GRS telah diberi mandat oleh 1.12juta rakyat Sabah membentuk kerajaan dengan komposisi 38 ADUN, yang terbahagi kepada 14 Umno, 11 Bersatu, 7 PBS dan 6 STAR, dan keadaan sama berlaku apabila semua ADUN-ADUN tersebut adalah daripada kalangan bumiputera. 

Mungkin kah, hanya maksud pentadbiran, ADUN lantikan daripada kaum cina akan dibuat, hanya semata-mata untuk dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri mewakili kaum cina?  atau anggota kabinet? Jika itu dilakukan, apa kah yang cuba digambarkan? Sedangkan kaum itu, tidak mahu diwakili dalam kerajaan GRS!!!. 

Memang untuk perpaduan kaum, kaum cina perlu dilibatkan dalam pemerintahan, namun tindakan tersebut tidak disenangi kaum itu, dan bukan sekali mereka tunjukkan, tetapi dua kali, iaitu pada PRU-14 dan PRN ke-16 Sabah. 

Sudah tiba masanya, kerajaan Sabah yang bakal dibentuk, perlu membuat keputusan drastik, sekurang-kurangnya untuk sepenggal, untuk tidak melantik kaum cina dalam kabinet, termasuk lah ADUN lantikan, sebagai pengajaran kepada kaum tersebut, agar menyedari, bahawa mereka perlu adil dalam memberi sokongan. 

Kaum cina Sabah bermula pada PRU-13 (2013) tidak mahu lagi menyertai parti-parti yang berkaitan dengan Semenanjung, dengan niat, agar kawasan-kawasan bumiputera ketinggalan daripada segi kemajuan dan pembangunan. 

Kaum itu, sangat bergembira, apabila semasa era PH dan Warisan, kaum bumiputera diketepikan, sebagai usaha agar kaum itu tertinggal supaya mereka menjadi pencatur dalam politik negeri, selepas kuasa ekonomi sudah berada dalam genggaman mereka. 

Sebagai bukti, kawasan kaum itu yang sangat maju di Sabah, Dun Luyang, calon yang mewakili GRS hilang wang pertaruhan.

No comments:

Blog Archive