Tuesday, September 29, 2020

KERAJAAN GABUNGAN RAKYAT SABAH (GRS)- KERJAAN FUNGSIONAL

1. Datuk Hajiji sebagai Ketua Menteri, tidak menyenaraikan Kementerian Kewangan sebagai Kementerian kanan, seperti mana lajimnya, tetapi memilih Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Industri, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. 

2. Tergambar sudah, bahawa Kerajaan GRS merupakan kerajaan fungsional, seiring dengan Kerajaan Persekutuan. 

3. Dalam situasi kelembaban ekonomi impak pandemik covid-19, kabinet fungsional merupakan pilihan jitu, untuk mengadaptasi norma baharu, khususnya dalam rangka pemulihan ekonomi. 

4. Mereka yang dipilih menerajui kementerian kanan, perlu mengerakan perekonomian negeri di semua sektor, kerana sebagai kabinet fungsional, kementerian-kementerian kanan tersebut saling berkait antara satu sama lain, untuk merealisasikan aktiviti yang saling berkait untuk pemulihan ekonomi, membuka peluang pekerjaan, membuka peluang perniagaan dan mustahaknya, rakyat boleh mendapatkan pendapatan untuk keperluan hidangan di meja makan. 

5. Jika semua kementerian kanan tersebut berjaya mengsinkronais antara satu sama lain, maka boleh memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi dengan pantas sekali. 

6. Penulis yakin, Hajiji sedar, bahawa ekonomi negeri sangat teruk semasa era pemerintahan Warisan Plus, mungkin atas sebab itu, beliau bertindak membentuk kabinet fungsional.

No comments:

Blog Archive