Tuesday, September 29, 2020

CABARAN BESAR MENUNGGU KERAJAAN GRS

DUA isu utama sedang dihadapi Kerajaan Gabungan Rakyat (GRS) Sabah yang diterajui Datuk Seri Hajiji Haji Noor bersama-sama dengan tiga Timbalan beliau- Datuk Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffery G Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam, selain menteri kanan-Datuk Masidi Manjun dan Datuk Jahid Jahim, iaitu kelembaban ekonomi dan pandemik covid-19.

Bukan mudah memacu ekonomi, apabila dalam keadaan trend yang menurun, apa tah lagi impak pandemik covid-19.

Pertumbuhan KDNK Sabah pada tahun 2017 adalah 8.2% tertinggi di Malaysia, semasa era Tan Sri Musa Aman, dan kebetulan Datuk Hajiji dan Datuk Masidi juga sebahagian daripada anggota kabinet.

Apabila Kerajaan Sabah diambil alih Kerajaan Warisan bersama dengan Pakatan Harapan selepas PRU-14 pada Mei, 2018, pertumbuhan KDNK Sabah terus merudum, iaitu 1.5% pada tahun 2018 dan 0.5% tahun 2019. Pada tahun ini, kadar pertumbuhan dijangka negatif.

Ada lah merupakan impak berganda, apabila pertumbuhan ekonomi merudum, maka kadar pengangguran juga meningkat. Data pengangguran Sabah hampir 120 ribu jiwa, malangnya daripada jumlah tersebut hampir 24 ribu ada lah graduan.

Mengadili kabinet Datuk Hajiji, nampaknya beliau sangat sedar cabaran yang sedang dihadapi, sebab itu melantik pemimpin kanan menerajui kementerian yang boleh mengerakkan perekonomian negeri, termasuk lah perlantikan Menteri Kewangan Ke-II, julung kali dilakukan di Sabah.

Jelas menerusi kementerian yang diumumkan, Kerajaan tiada pilihan lain, selain berbelanja, khususnya bagi projek-projek yang mempunyai impak kepada aktiviti ekonomi, termasuk penyediaan lapangan pekerjaan.

Kerajaan perlu memanfaatkan sumber-sumber baharu yang boleh menjana pendapatan.


No comments:

Blog Archive