Wednesday, October 14, 2020

DATUK MASIDI HANYA JURUCAKAP RASMI BERKAITAN COVID-19 BUKAN MENJALANKAN TUGAS KETUA MENTERI

Datuk Hajiji Haji Noor melantik Datuk Masidi Manjun sebagai jurucakap rasmi perkembangan Covid-19 Sabah, hanya satu pertimbangan, melicinkan atau memudahkan aliran maklumat.

Dalam kabinet Hajiji, hanya Masidi merupakan wakil rakyat yang paling lama memegang jawatan menteri dalam pemerintahan negeri Sabah. Dengan pengalaman tersebut, setidak-tidaknya boleh membantu beliau mengatur berbagai keputusan cepat, kerana sifat menangani pandemik covid-19 yang melanda Sabah ekoran PRN Sabah ke-16 perlu tindakan cepat dan tepat.

Memang betul daripada segi  kedudukan atau pangkat, ketiadaan Ketua Menteri, maka salah seorang daripada Timbalan Ketua Menteri akan menggalas tugas Ketua Menteri.  Namun dalam hal ini, walaupun Ketua Menteri tidak hadir secara fizikal di Pejabat Ketua Menteri kerana akibat rawatan jangkitan Covid-19, namun beliau berada dalam keadaan stabil dan sihat, dan masih menjalankan tugas-tugas Ketua Menteri melalui perantara maya, seperti panggilan telepon mahupun panggilan video.

Tugas jurucakap rasmi, bukan membabitkan status jawatan dalam kabinet negeri, kerana ianya hanya bersifat keputusan hebahan kepada orang ramai, kerana keputusan dibuat oleh Ketua Menteri sendiri.

Jangan lah politikan sesuatu keputusan yang mudah, hanya kerana mahu menggambarkan status seseorang, sedangkan tugas jurucakap itu sendiri memerlukan jalinan komunikasi berbagai pihak, semata-mata untuk menyelamatkan nyawa.

Dalam keadaan Kerajaan Sabah hanya dibentuk pada 29 September, 2020, seminggu kemudian jemaah menteri penuh dilantik, kemudian diikuti, rawatan kepada Ketua Menteri kerana dijangkiti Covid-19, sementara jangkitan virus terus mencanak naik, maka keputusan cepat dan aliran komunikasi yang cepat, diperlukan.

Dalam keadaan mencekam tersebut, maka di antara anggota kabinet kerajaan negeri, yang mempunyai akses kepada jabatan-jabatan kerajaan, termasuk kakitangan kerajaan, ada lah Datuk Masidi.

Di masa yang sangat singkat, selepas semua anggota kabinet mengetahui SKOP kerja masing-masing, maka fungsi mereka akan berjalan seperti mana yang diharapkan, sesuai dengan saranan Ketua Pemuda UMNO Sabah, kerana memangpun fungsi anggota kabinet akan mengarah kepada tugas masing-masing.

No comments:

Blog Archive