Monday, September 07, 2020

SABAH MEMILIH- RAKYAT JANGAN TERSALAH PILIH

YANG paling membimbangkan, pengundi tersalah pilih wakil rakyat. Mengapa tersalah pilih? kerana mereka itu kehilangan deria pertimbangan, tidak dapat membezakan antara kaca dan permata.

Pada PRU-14 lalu, ramai calon berkualiti, kecundang, sehinggakan menimbulkan penyesalan yang tidak sudah, namun sudah terlambat, nasi menjadi bubur.

Rakyat bernasib baik, penyesalan tidak berpanjangan, kerana dalam sistem demokrasi yang negara amalkan, paling lama pun 5 tahun, akan ada peluang memilih semula, dan boleh mengubah keputusan salah pilih.

Rakyat Sabah yang tersalah pilih pada PRU-14, kini, berpeluang mengubah pilihan yang tersilap tersebut.

Jika Mahkamah Rayuan, Kuala Lumpur, pada hari ini memutuskan, bahawa pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai, 2020 sah, maka PRN ke-16 akan diteruskan. SPR telah menetapkan 12 September, dan 26 September, masing-masing sebagai hari penamaan calon dan pengundian bagi 73 kawasan DUN Sabah.

Sebenarnya, Kerajaan Sabah sepatutnya bertukar pada 29 Julai, 2020 daripada Warisan Plus kepada Kerajaan Perikatan Nasional, namun TYT Sabah menggunapakai permohonan Ketua Menteri haram Sabah untuk membubarkan DUN.

Nampaknya, jika Mahkamah Rayuan memutuskan, bahawa pembubaran DUN Sabah adalah sah, maka selamanya, kesilapan yang dilakukan TYT Sabah akan tercatit dalam sejarah Sabah. Tindakan itu juga membawa makna, bahawa Mahkamah mengambil pendekatan, membenarkan sesuatu yang salah, bukan sebaliknya.

Menyedari keadaan ini, pengundi pada PRN kali ini, jangan bertindak diluar deria pertimbangan, sebaliknya menggunakan pengelaman, menggunakan apa yang dirasa, untuk memilih, jangan nanti calon yang dipilih, akan menyerupai seperti kera mendapat bunga.

No comments:

Blog Archive