Monday, September 07, 2020

SABAH MEMILIH-JANGAN BIARKAN SHAFIE KENDURI DAHULU TANPA SAINGAN

TIADA siapa yang boleh menafikan, 44 kerusi kawasan bumiputera islam, adalah rebutan, untuk menentukan parti mana yang bakal memerintah Sabah pada PRN ke-16 ini.

Warisan mempunyai kedudukan selesa, kerana minimumnya perebutan kerusi antara parti-parti dalam Warisan Plus, manakala parti-parti dalam Perikatan Nasional dan Barisan Nasional, masih lagi berunding, khususnya antara Umno dan Bersatu, parti mana diberikan kerusi terbanyak, atau rundingan menang-menang, tanpa mengambilkira jumlah kerusi yang ditandingi parti masing-masing.

Jika Umno dan Bersatu mengambil pendekatan menang-menang, tanpa memikirkan banyak sedikitnya kerusi yang ditandingi, janji, calon yang mewakili dua parti itu boleh menghadiahkan kerusi kemenangan, maka kenduri pendahuluan Shafie tidak membawa apa-apa makna, kerana jelas, kemenangan akan berpihak kepada calon-calon Umno atau Bersatu.

Umno dan Bersatu kena menerima hakikat, bahawa dahulunya, adalah sama, daripada DNA yang sama, daripada kilang yang sama. Umno kerana terima, otai-otai parti itu, kini bersama Bersatu, dan mereka itu adalah wakil rakyat yang tiada rekod ditolak rakyat. Hakikat perlu diterima, walaupun berlain parti, akan tetapi kini dalam satu pasukan berhadapan dengan musuh yang sama.

Jangan kerana kerusi, kemenangan di tangan, terlepas, seperti kata peribahasa, yang dikejar tak dapat yang digendong berciciran.

Jangan kerana target jumlah kerusi, untuk menunjukkan kekuatan, dan superior berbanding kawan, maka kemenangan diketepikan, tidak diutamakan.

Semua peringkat perlu berlapang dada, perlu sehati sejiwa, mengutamakan kemenangan, mengutamakan mengambil kuasa, bukan berpaut pada siapa gagah, siapa kuat, kerana keputusan itu, ditangan rakyat, bukan ditentukan parti atau pemimpin parti.

Kekuatan parti-parti apabila dapat bergerak sebagai satu pasukan, kerana cara demikian, dilihat oleh rakyat, sebagai kekuatan, dan wajar diberi sokongan, selain mengelak tindakan protes atau sabotaj. Rakyat melihat sesebuah parti politik, seperti kereta api, di mana kepala  maka  lokomotif akan ikut bergerak ke arah yang sama.

Umno kena menerima hakikat, keputusan PRU-14, kerana ada calon-calon yang tidak disenangi rakyat, tetapi kekal bertanding, maka telah menyebabkan parti kehilangan 15 kerusi, julung kali berlaku sejak tahun 1990. Demikian juga pada PRN Sabah kali ini, Umno jangan sangat terpaku pada kawasan tradisi, melainkan juga perlu melihat kekuatan, parti kawan, kekuatan calon, apa kah calon yang bakal bertanding dapat menghadiahkan kemenangan, jangan hanya kerana semata-mata bertanding untuk mencukupkan korum!!!!.

Umno dan Bersatu serta parti-parti sekutu, kena mengambil keputusan, dengan satu misi, menang pilihan raya. Jangan kerana ego masing-masing, kemenangan terlepas begitu sahaja. 

Jika kesepakatan jitu tidak dicapai, maka berbaloi lah Shafie kenduri dahulu tanpa saingan!!!.

No comments:

Blog Archive