Wednesday, September 09, 2020

SABAH MEMILIH: DUN SUNGAI MANILA-DESTINASI TS MUSA

DUN Sungai Manila satu kawasan persempadanan baru dalam Parlimen Libaran, merupakan salah satu daripada tiga DUN dalam parlimen tersebut.

DUN baharu ini, hanya dipertandingkan pada PRN Sabah ke-16, kerana hanya dluluskan oleh Parlimen pada tahun 2019, walaupun diluluskan oleh DUN Sabah sejak tahun 2016.

DUN Sungai Manila, sebahagian besarnya pecahan daripada DUN Sungai Sibuga. Kawasan ini terdiri daripada 6 Pusat Daerah Mengundi (PDM), iaitu PDM SK Sungai Sibuga; SK Sungai Manila; SM Taman Fajar; SK Sungai Padas; SK Rancangan Lubuh dan SK Tanjong Pisau.

Musa yang sudah sinonim dengan DUN Sungai Sibuga, kerana pertama kali menjadi wakil rakyat bermula di DUN tersebut pada tahun 1994.

Selama 6 penggal, kawasan tersebut, dipertahankan beliau, dan kekal sebagai ADUN kawasan tersebut sehingga 30 Julai, 2020. Beliau juga, satu-satunya ADUN Umno Sabah yang kekal bersama parti, daripada 17 ADUN yang menang pada PRU-14.

Musa sebenarnya, masih menunggu tarikh penetapan oleh Mahkamah Persekutuan, berkaitan kedudukan sah Ketua Menteri Sabah, semata-mata untuk keadilan dan peneggakan Perlembagaan Negeri. Semalam, Musa mengeluarkan kenyataan, jika Mahkamah Persekutuan mendengar selepas penamaan calon PRN Sabah, ianya sudah terlambat, dan nasi telah menjadi bubur. Melengahkan keputusan, bermakna menafikan keadilan.

Jika Mahkamah Persekutuan, tidak menetapkan tarikh sebelum hari penamaan calon, berkemungkinan besar, Musa akan bertanding di DUN Sungai Manila, jika berasaskan ciapan beliau di laman Facebook beliau hari ini " I'm going back to Sg. Manila".

No comments:

Blog Archive