Umno hanya mengalami kecacatan pada PRU-14, apabila 15 kawasan DUN kalah daripada 32, termasuk kehilangan majoriti yang ketara di kawasan-kawasan yang dimenangi.
Umno dan sekutunya hilang kuasa, hanya kerana 6 ADUN berpaling tadah selepas menubuhkan kerajaan pada 10 Mei, 2018.
Umno yang merupakan tulang belakang kerajaan Sabah sejak tahun 1994, kehilangan kedudukan itu pada PRU-14, apabila dipintas Warisan, dengan kedudukan 21 lawan 17.
Ujian terhadap Umno Sabah di PRK Sandakan dan Kimanis.
Pada PRK Sandakan, PDM yang biasanya kubu parti itu tidak menyokong calon PBS, melainkan calon DAP.
Berbeza dengan PRK Kimanis, kerana mungkin impak kemenangan calon-calon parti itu di Semenanjung seperti Cameron Highlands, Rantau, Semenyih, maka pengundi Umno kembali menyokong calon parti.
Semempena PRN Sabah, Umno bertegas mengunakan lambang dacing, selain bertanding sekurang-kurangnya 30 kawasan tradisi parti itu, termasuk lah kawasan-kawasan mantan wakil rakyat parti itu yang kini bersama Bersatu.
BN tidak mahu menyertai PN, walaupun Kerajaan PN disokong oleh semua ahli parlimen parti tersebut.
BN kekal menganggap, kerajaan PN bukan sokongan parti, melainkan sokongan ahli parlimen atau wakil rakyat secara persendirian.
Di Sabah, BN dan PBS bertindak sama, apabila bakal menggunakan logo masing-masing, demikian juga parti-parti yang menyokong PN akan menggunakan logo PN (tetapi PAS jika diberikan kerusi bakal menggunakan logo BN), walaupun parti-parti tersebut mempunyai musuh yang sama, iaitu Warisan Plus (Warisan, DAP, PKR dan Amanah).
Akan dilihat nanti selepas penamaan calon, jika PRN Sabah bakal berlangsung (kerana bergantung keputusan Mahkamah Rayuan esok, 7 September, 2020-Apa kah pembubaran DUN Sabah sah ataupun sebaliknya), apa kah akan berlaku pertanding LOGO antara BN, PN dan PBS melawan logo Perahu Layar, Roket, Mata, dan Piramid.
Bagi pendapat penulis, walaupun parti-parti yang melawan Warisan Plus menggunakan berbagai logo, tidak banyak berimplikasi kepada pengundi, kerana calon-calon dan jentera, mempunyai masa untuk menerangkan kepada pengundi, namun jika berlaku pertembungan, maka ianya jelas akan menimbulkan kekeliruan kepada pengundi. Jika ini berlaku, maka pecah undi akan berlaku. Jika perpecahan undi berlaku, tidak dapat dipastikan, parti mana yang bakal menang.
Ada lah lumrah, jika berlaku "free contest' parti yang mempunyai kekuatan jentera dan akar umbi, bakal keluar sebagai pemenang. Ertinya, mana-mana di antara Warisan Plus, Umno dan Bersatu, PBS, akan menang di kawasan-kawasan di mana parti-parti tersebut mempunyai kekuatan.
No comments:
Post a Comment