Sunday, September 06, 2020

SABAH MEMILIH-ANTARA KUASA DAN SOKONGAN AKAR UMBI

ADA dua faktor yang bakal menentukan keputusan pilihan raya Sabah. Faktor tersebut adalah faktor kuasa dan faktor sokongan akar umbi.

Umno dan Bersatu selain ada faktor sokongan akar umbi juga ada sokongan kuasa, demikian juga Warisan Plus ada sokongan akar umbi dan kuasa.

Beza antara Umno dan Bersatu disokong Kerajaan Persekutuan, manakala Warisan Plus merupakan kerajaan sementara negeri, dan sudah tentu mengunakan semua jentera kerajaan negeri membantu parti itu.

Pada PRN ke-16 Sabah ini, Warisan Plus mempertahankan kerajaan "haram" mereka, selain mencuba nasib, agar rakyat memberi mandat sah untuk menubuhkan kerajaan.

Di lain pihak, Umno, Bersatu dan sekutunya mahu mendapatkan mandat rakyat yang dirampas secara haram atas bantuan TYT Sabah pada 12 Mei, 2018.

Rakyat Sabah kena menerima hakikat bahawa Kerajaan Negeri Sabah selama 27 bulan adalah kerajaan haram, atas sebab itu, tidak memerintah seperti mana layaknya sebuah kerajaan. Apabila pemerintahan tidak telus, maka keadaan pentadbiran tunggang langgang, ekonomi merudum, bertindak semberono, ikut suka hati, termasuk melanggar undang-undang.

Berdepan dengan PRN Sabah, selain Umno sudah bangkit, juga disokong oleh kuasa dan Perdana Menteri yang popular. Terserah kepada Umno dan Bersatu, menikmati sajian di atas meja, atau terserah kepada dua parti itu, menjaringkan goal, kerana hanya berhadapan dengan gawang!!!.

Jika berlaku, perebutan siapa yang mahu mendapat nama sebagai penjaring, sehinggakan pihak lawan dapat merebut bola, tiada siapa yang boleh disalahkan, melainkan Umno dan Bersatu, melainkan pemimpin Umno dan Bersatu, pendek kata melainkan Datuk Bung Moktar dan Datuk Hajiji!!!.

No comments:

Blog Archive