DARIPADA 14 Ketua Menteri Sabah, hanya Datuk Shafie Apdal yang mencatit sejarah antarabangsa, apabila pada era beliau Filipina mencetak peta Sabah dalam peta negara itu.
Sekian lama Filipina menuntut Sabah, tetapi 13 Ketua Menteri Sabah tidak pernah melayan tuntutan tersebut, sehingga lah tiba pada giliran Shafie, apabila beliau "melayan" tuntutan tersebut.
Semua pihak mengecam tindakan Filipina memasukkan Sabah dalam peta negara itu, namun Shafie enggan berbuat demikian, tetapi bertindak menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana tidak bertindak tegas.
Dalam satu hantaran di laman facebook, Shafie meminta Kementerian Luar Negara memanggil Duta Filipina di negara ini, untuk menyampaikan protes terhadap keputusan negara tersebut, namun sebelum ini, beliau mengabaikan Wisma Putera, apabila menghantar Peguam Negeri ke Mahkamah di Sepanyol untuk menyanggah tuntutan terhadap Sabah. Shafie tidak sedar, bahawa tindakan tersebut telah memberi lampu hijau kepada penuntut, bahawa ada merit terhadap tuntutan tersebut.
Selain itu, kejayaan Filipina menuntut kawasan ZEE dengan China, memperkuat lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah.
Filipina merasakan, menuntut Sabah mempunyai merit, atas sebab ramai penduduk Sabah berasal daripada negera tersebut sedang bermastautin di Sabah, malah telah beranak pinak, malah sehingga generasi ke-3 dan ke-4.
No comments:
Post a Comment