Berbagai penjuru, tidak semestinya menguntungkan mana-mana parti, kerana sifat pengundi Sabah itu sendiri berubah-ubah setiap pilihan raya.
Memang fakta menunjukkan, pada PRN tahun 2004 dan 2008, pengundi Sabah memilih BN, kerana ketiadaan parti alternatif, namun pada PRN tahun 2013 dan 2018, keadaan berubah.
Demikian juga pada PRN kali ini, pilihan pengundi tidak dapat diramal, kerana pola pengundian pada PRU-14 tidak semestinya berulang.
Pertimbangan pengundi, tertumpu pada tokoh-tokoh politik yang mewakili parti masing-masing. Di antara tokoh-tokoh tersebut pengundi hanya akan memilih seorang, tidak akan memilih lebih daripada itu, kerana pertimbangan, dua harimau pada satu bukit, tidak mengwujudkan kestabilan politik, malah menimbulkan kecaluran atau kubu-kubu selepas pilihan raya.
Pada pandangan penulis, pengundi Sabah akan memilih parti yang mempunyai susunan kepimpinan yang jelas, tidak saling bertindih, kerana faktor demikian, akan menghasilkan corak kepimpinan dan pemerintahan yang jelas dan teratur.
Kena diterima hakikat, parti-parti yang melawan Warisan Plus, khususnya parti dalam Perikatan Nasional, ketiadaan tokoh penyatu, seperti era BN sebelum ini, sebagai akibat perpecahan dalam Umno, yang terbahagi antara Umno dan Bersatu.
Umno masih bernostalgia, masih disokong pengundi, dan menganggap kawasan tradisi parti itu, kekal menyokong calon-calon parti itu, dan sebaliknya tidak akan menyokong calon-calon lain.
Umno masih menganggap, para mantan pemimpin parti itu yang berpindah parti, khususnya ke parti Bersatu, tidak akan mendapat sokongan pengundi akar umbi parti tersebut. Manakala, di pihak Bersatu pula, kerana jumlah keahlian parti tersebut di kawasan masing-masing boleh mencapai kemenangan, maka berhasrat meletakkan calon selain mempertahankan kawasan yang dimenangi pada PRU-14.
Sebenarnya, jika dilihat latar belakang pola atau corak pengundi Sabah memilih, tidak bergantung pada keadaan demikian. Pengundi Sabah lebih cenderung memilih pada parti yang mempunyai tokoh yang menonjol yang boleh menghimpun pengundi menyokong sesebuah parti.
Cuba singkap sejarah politik Sabah, anda-anda akan menyegarkan ingatan bagai mana pengundi Sabah memilih.
Sepatutnya, parti-parti yang melawan Warisan Plus perlu mengambil iktibar tersebut, jangan ikut cara enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Fikir-Fikirkan lah.
No comments:
Post a Comment