Wednesday, August 19, 2020

MATLAMAT PERIKATAN NASIONAL SABAH-TUMBANGKAN WARISAN PLUS

DIINGATKAN para pemimpin parti-parti mesra Perikatan Nasional Sabah (PNS), jangan lupa matlamat asal- untuk tumbangkan Warisan Plus.

Jangan kerana bergaduh sendiri, maka matlamat terpaksa diketepikan.

Jangan kerana berebut kuasa, maka terlupa mengapa Kerajaan Warisan Plus perlu ditumbangkan.

Kerana berebut kuasa, maka gagal memberi tahu rakyat, bahawa tujuan menumbangkan Warisan Plus, kerana sebab-sebab kegagalan Warisan Plus dan Pakatan Harapan menunaikan janji-janji khususnya janji-janji dalam manifesto.

Tujuan menggantikan Kerajaan Warisan Plus kerana menyebabkan ekonomi negeri menjadi teruk, pengangguran meningkat, aktiviti ekonomi yang lembab, pembinaan kemudahan asas untuk rakyat diabaikan, sebaliknya hanya menumpukan untuk projek-projek kroni yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Jangan kerana bergaduh sesama sendiri, maka terlupa beritahu rakyat, bahawa mereka tertipu dengan janji-janji palsu Pakatan Harapan dan Warisan Plus semasa PRU-14.

Dakwaan mereka, bahawa jika memerintah, maka akan lebih baik daripada kerajaan lalu, tetapi apa yang berlaku, semasa Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri, KDNK negeri tahun 2017 sebelum kerajaan beliau tumbang adalah 8.2%, analog yang boleh menjelaskan, bahawa semasa era Musa, katakan lah sebuah koperasi kecil yang mempunyai pendapatan RM8.2juta setahun, namun selepas Musa diganti Shafie, pendapatan koperasi tahun pertama Shafie menjadi Pengurus adalah RM1.5juta, kemudian merosot lagi tahun berikutnya kepada RM500,000, iaitu tahun 2019. Tahun 2020, koperasi tinggal atas nama sahaja, sebab jadi muflis. Analog di atas untuk menjelaskan KDNK Sabah, kerana tahun 2018 menjunam ke Paras 1.5% dan tahun 2019 jatuh lagi ke paras 0.5%, dan tahun 2020, negatif.

Situasi ekonomi Sabah yang musnah kerana ketidak mampuan Shafie mengurus ekonomi negeri, memerlukan kepimpinan Musa untuk memulihkannya, bukannya pemimpin yang tahu meradu dan meradu, kerana pemimpin seumpama itu, tidak akan mampu kembalikan perekonomian Sabah ke landasan betul.

No comments:

Blog Archive