Tuesday, August 18, 2020

PRN SABAH: PARTI BERASASKAN SUKUAN BAKAL CORAKAN KEPUTUSAN

POLITIK berasaskan sukuan, sebenarnya cuba dihakis semasa era Tan Sri Musa Aman, menerusi orentasi politik dan pemerintahan yang bersifat menyeluruh yang berasaskan semua kaum dan agama. Kerana orentasi tersebut, maka pada PRN tahun 2004 dan 2008, parti kerajaan hampir sapu bersih semua kawasan DUN dan Parlimen. Namun bermula pada PRN/PRU tahun 2013 bibit-bibit kesukuan dibangkitkan kembali, sehingga menular pada pada PRU ke-14. 

Pada PRN ke-16 Sabah, kesukuan bakal mewarnai keputusan pilihan raya, dan mana-mana kawasan yang bermajoriti suku kaum tertentu akan dikuasai parti yang berasaskan kaum tertentu tersebut. 

Bagi parti yang bersifat nasional seperti Umno, Bersatu, PKR dan DAP, para pengundi akan melihat pemimpin utama di peringkat negeri, dan pengundi akan menyokong berasaskan sukuan pemimpin utama tersebut, bukan lagi melihat kepimpinan di peringkat pusat. 

Ada lah diramalkan, keputusan PRN Sabah kali ini akan berpaksi kepada daerah atau sukuan pemimpin utama sesebuah parti. 

Parti Warisan akan menguasai kawasan-kawasan berpengundi bajau-suluk; Parti Bersatu bajau-samah; Umno mungkin kawasan kesukuan Datuk Bung Moktar Radin, dan kawasan-kawasan tertentu dipantai Barat, manakala DAP akan kekal menguasai kawasan cina, manakala kawasan KDM, akan terbahagi-bahagi antara PBS, STAR, PBRS dan Warisan. 

Keputusan PRN Sabah kali ini, akan julung kali menampakan pemisahan antara kaum-kaum, sebab utamanya, TIADA PEMIMPIN yang boleh menyatukan semua pihak seperti mana era Tan Sri Musa.

Secara jujurnya, parti-parti yang melawan Warisan berada pada situasi "underdog" kerana belum ditentukan SIAPA yang bakal mengetuai parti-parti tersebut, kerana semua pemimpin utama, merasakan mereka lah yang paling layak, apa tah lagi terdapatnya kegahiraan menjadi KETUA MENTERI daripada parti tertentu.

Melihat senario politik semasa Sabah, khususnya dipihak Perikatan Nasional perlu ada jalan mengalah untuk tujuan MENANG-MENANG, jika tidak, jalan PUTIH MATA, adalah jawapan selepas PRN Sabah.

No comments:

Blog Archive