Monday, August 17, 2020

KESAHIHAN PEMBUBARAN DUN SABAH- PEGUAM NEGERI UBAH TIANG GOAL

KUMPULAN  33 ADUN yang mencabar kesahian pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai, diperperangkap dengan hujah baharu daripada Peguam Negeri Sabah yang mewakili TYT dan Datuk Shafie Apdal menerusi hujah, bahawa 33 ADUN tersebut TIADA LOCUS STANDI mencabar keputusan TYT Sabah membubar DUN Sabah.

Menerusi hujah baharu tersebut, maka peguam negeri telah sepenuhnya mengubah tiang goal, kerana pada 7 Ogos, hakim meminta hujah bertulis, apa kah mahkamah boleh mengadili injunksi 33 ADUN berkaitan pembubaran DUN pada 30 Julai, 2020.

Hujah bertulis daripada Peguam Negeri dan hujah balasan daripada peguam yang mewakili 33 ADUN akan diserahkan kepada mahkamah pada 19 Ogos, dan keputusan hakim mengenainya pada 21 Ogos.

Ada lah pelik bagi orang biasa, berkaitan hujah, bahawa para ADUN yang dipilih rakyat, dan merupakan komponen utama Dewan Undangan Negeri dan pembentukan kerajaan dikatakan TIADA LOCUS STANDI atau TIADA MERIT, mencabar keputusan TYT.

Di mana kah lojiknya hujah tersebut? atau di mana kah lojiknya pilihan raya memilih wakil rakyat, sedangkan dalam demokrasi yang digunapakai adalah, wakil rakyat lah yang menentukan kerajaan, wakil rakyat lah yang dapat berhujah dan duduk dalam Dewan Undangan Negeri.

Hujah peguam negeri tersebut tersangat lemah, malah bukan sahaja mengubah tiang goal, akan tetapi cuba meneggakkan benang basah.

Selepas kerajaan PH tumbang pada 24 Februari, TYT Melaka, Sultan Johor, Sultan Perak, Sultan Kedah dan SPB Agong menggunapakai surat akuan, malah TYT Sabah pada 12 Mei, 2018 menggunakan surat akuan sebagai asas melantik Datuk Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri, dan kini pula, surat akuan tiada MERIT!!!! pelik sungguh... atau kah modus operandi itu hanya memperlambat keputusan!!!.

1 comment:

Unknown said...

semua yg pembangkang kat sabah buat ok...cuba pembangkang kat persekutuan saman agong..menderhaka pula katanya

Blog Archive