Friday, August 07, 2020

BUBAR DUN SABAH-17 OGOS-MAHKAMAH TENTUKAN APA KAH BOLEH MENDENGAR KES TERSEBUT

17 Ogos, mahkamah Kota Kinabalu, akan menentukan apa kah boleh mendengar kes yang dikemukakkan Tan Sri Musa bersama dengan 32 ADUN yang menyokong beliau berkaitan pembubaran DUN Sabah pada 30 Julai oleh TYT Sabah atas permintaan Datuk Shafie Apdal pada 29 Julai, sedangkan pada masa permohonan pembubaran itu, Shafie dan TYT tahu, bahawa Shafie tiada sokongan majoriti daripada ADUN Sabah.

Jika mahkamah memutuskan boleh mendengar kes tersebut, maka perkara yang diputuskan, apa kah TYT mendapat nasihat yang betul atau dikelirukan oleh Shafie, kerana berasaskan surat permohonan Shafie, beliau tidak menyatakan bahawa beliau kehilangan sokongan majoriti, sebaliknya, hanya menyebut ada usaha menumbangkan Kerajaan Warisan, sebab itu meminta pembubaran DUN supaya mandat dikembalikan kepada rakyat.

Dalam hujahan peguam yang mewakili TS Musa dan kawan-kawan, bahawa TYT tidak mendapat nasihat yang betul berdasarkan Artikel 21(2) Perlembagaan Negeri, dan TYT juga tidak menggunakan kuasanya menerusi Artikel 7 (1) Perlembagaan Negeri.

Oleh kerana Pesuruhjaya Kehakiman Leorand David Shim meminta Peguam Negeri Sabah mengemukakan hujah bertulis, apa kah mahkamah layak mendengar kes tersebut, maka penulis percaya, peguam negeri akan mengemukakan naratif, bahawa mahkamah tidak layak mendengar. Terpulang kepada hujah peguam TS Musa bagaimana mematahkan hujah tersebut.

Terserah kepada mahkamah untuk menilai hujah kedua belah pihak, walaupun pada anggapan orang biasa, bahawa TYT tidak mendapat nasihat yang betul, kerana semasa permohonan pembubaran DUN, Shafie tiada standing, kerana tiada sokongan majoriti.

Sebenarnya, kedudukan Shafie sebagai Ketua Menteri sehingga kini dipertikaikan kesahihannya, kerana keputusan rayuan TS Musa masih berada di Mahkamah Persekutuan, dan bakal membuat keputusan pada 24 Ogos ini.

No comments:

Blog Archive