Saturday, August 08, 2020

KECAMAN SPONTAN RAKYAT SABAH TERHADAP TUN JUHAR

NAMPAKNYA kata bidalan RAJA ADIL RAJA DISEMBAH RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH betul-betul berlaku, apabila sebahagian rakyat Sabah mengencam tindakan Tun Juhar bersengkokol dengan Shafie Apdal membubarkan DUN Sabah, apabila mendapati kerajaan Warisan Plus tumbang pada 29 Julai, kerana kehilangan sokongan majoriti.

Tun Juhar tidak bertindak adil, apabila mengetahui bahawa kumpulan TS Musa Aman memohon berjumpa TYT Sabah pada 29 Julai untuk memohon penubuhan kerajaan Perikatan Nasional Sabah.

Pada 29 Julai, TS Musa disokong oleh 33 ADUN daripada 65. Dengan sokongan tersebut, jika Tun Juhar mengikut cara yang dilakukan YDP Agong, Sultan Perak, Sultan Johor, TYT Melaka, dan Sultan Kedah, maka beliau tidak berdepan kecaman luarbiasa daripada rakyat.

Tidak disangkal, bahawa PRN Sabah bakal tiba apabila sampai masa, namun mengadakan PRN semasa pandemik Covod-19 bukan sahaja menggadaikan nyawa rakyat, akan tetapi bakal menelan kos pelaksanaan pilihan raya yang cukup tinggi, sedangkan pada masa ini, kerajaan memerlukan kewangan yang cukup untuk membantu rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana wabak covid-19.

Dalam senario sekarang, kerana tindakan Tun Juhar, maka mengundang cemohan kepada kedudukan TYT Sabah.

No comments:

Blog Archive