Friday, August 07, 2020

KEMELUT KETUA MENTERI SABAH- LANTIK SHAFIE GUNA PERLEMBAGAAN PERAK, SHAFIE HILANG MiJORITI TIDAK GUNA TINDAKAN SAMA- SEBALIKNYA GUNA KUASA TYT SABAH.

NAMPAK SANGAT menipu, memperbodohkan rakyat. Memperlekeh Perlembagaan Negeri. Salah guna kedudukan TYT, malang lagi Jabatan Peguam Negeri “dibutakan”. 

Mempertahankan perlantikan Shafie pada 12 Mei, 2018 menggunapakai Perlembagaan Perak, sehinggakan Hakim Mahkamah Tinggipun mengunakannya untuk membuat keputusan. Dalam kemelut MB Perak tahun 2009, Sultan Perak tidak perkenaan pembubaran DUN Perak, sebaliknya menerima pakai SD daripada kumpulan yang menyokong Zambri Kadir, untuk menubuhkan Kerajaan Baharu, walaupun MB Perak masa itu- Nizar Jamaluddin memohon pembubaran DUN, apabila beliau kehilangan sokongan majoriti. 

Namun, pada 29 Julai, 2020, apabila Shafie kehilangan sokongan majoriti, TYT Sabah tidak menggunakan kes Perak, sebaliknya menggunakan kuasa beliau dalam Perlembagaan Negeri, malah pihak Istana mengeluarkan berita palsu, kononnya tidak mengetahui bahawa Shafie kehilangan majoriti, sebagai alasan surat permintaan Shafie membubarkan DUN, kerana kononnya tidak menerima sebarang permohonan daripada Tan Sri Musa Aman untuk menyerahkan surat akuan daripada 33 ADUN Sabah yang memohon menubuhkan Kerajaan Perikatan Nasional Sabah. 

Ertinya, TYT dan Shafie, suka-suka bubar DUN, sedangkan penggal DUN masih berbaki 3 tahun, apa tah lagi keadaan sekarang tidak sesuai mengadakan pilihan raya kerana ancaman pandemik Covid-19. 

Kalau menurut cerita sebenar, pada 29 Julai, Menteri Dalam Negeri dan Setiausaha Politik Perdana Menteri dan disertai ADUN Balung-Osman Jamal (beras kepada Tun Juhar) telah menghadap TYT-Tun Juhar, memberitahu perkara sebenar. Keputusan TYT mahu melihat “hard copy” semua SD, yang sepatutnya diserahkan pada petang itu juga, dan pada malamnya, 33 ADUN tersebut telah bersedia berjumpa TYT. Namun, berbagai alasan diberikan, malah jam 9 pagi 30 Julai, 2020 telah ditetapkan untuk penyerahan SD bersama-sama rombongan Musa berjumpa TYT di Istana. 

Apa yang berlaku, sebaik sahaja sidang akhbar TS Musa pada pukul 6 petang 29 Julai, 2020 bahawa beliau mempunyai majoriti mudah menubuhkan kerajaan negeri, Shafie bertindak menulis surat permohonan membubarkan DUN, tanpa memberi alasan, bahawa beliau kehilangan majoriti, sebaliknya menulis ada usaha menumbangkan kerajaan yang beliau pimpin, dan surat itu diserahkan pada malam 29 Julai, kepada Tun Juhar. Pada 30 Julai, kira-kira 8.30 pagi Shafie berjumpa TYT untuk mengambil surat kebenaran pembubaran DUN, sebelum jadual perjumpaan TYT bersama TS Musa dan 32 ADUN yang dijadualkan pada pukul 9 pagi. 

Kalau melihat senario, samada TYT atau Shafie tahu betul, bahawa majoriti mudah bagi kerajaan Shafie telah hilang, sebab itu, membubarkan DUN, sedangkan tindakan itu TIDAK sejajar dengan tindakan semasa Shafie dilantik. Di sini lah berlakunya, KEPUTUSAN tidak bijak daripada TYT.. kerana keputusan itu, maka wajar lah ramai rakyat Sabah mempertikai keputusan Tun Juhar. 

Keputusan TS Musa dan 32 ADUN menggunakan mahkamah, semata-mata untuk meneggakkan hak demokrasi dan keadilan, dan mengelak hak demokrasi dan perlembagaan dicabuli kerana pertimbangan hawa nafsu- Shafie sebagi balasan, kerana tempoh jawatan TYT Sabah telah ditukar kepada tanpa had, oleh kerajaan Shafie.

No comments:

Blog Archive