Tuesday, July 14, 2020

TSMY JADI HERO JIKA SURVIVE SIDANG PARLIMEN

SATU gambaran jelas, selepas undian belah bahagi pelucutan jawatan Speaker, menyokong 111, menolak 109, ahli parlimen tidak ponteng (MP Marudu-tidak diketahui apa alasan tidak hadir) sidang. Ertinya, berbaloi lah wang rakyat digunakan untuk membayar elaun, kerana mereka melaksanakan tanggungjawab.

Antara 13 Julai-27 Ogos, situasi mencekam menyelebungi kem TSMY, kerana PH Plus yang bertindak sebagai pemburu, telahpun memasang jerat. Ingat, jerat tidak pernah lupa pelandok.

Lagipun dalam aturan mesyuarat dewan, senarai ke-27 adalah USUL TIDAK PERCAYA.

Usul tidak percaya memerlukan undian 112 untuk berjaya daripada 222.

Semalam, selain seorang MP penyokong PN tidak hadir, seorang lagi berkecuali. Pada 18 Mei lalu, PN disokong 113 MP.

Pengundian semalam, nampak PH dan kumpulan Tun dan Warisan kekal dengan blok masing-masing, 91 MP dan 18MP. Berasaskan jumlah ini, hanya memerlukan 3 MP untuk menjayakan USUL TIDAK PERCAYA.

Bagi penulis, jika USUL TIDAK PERCAYA berjaya, maka tiada pilihan, melainkan pembubaran parlimen bagi membuka jalan PRU-15 mengejut.

Impian PH Plus mengambil semula Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan menerusi USUL TIDAK PERCAYA, kerana tiada kekosongan jawatan Perdana Menteri, untuk membuka ruang kepada YDP Agong melantik PM-9.

Tindakan PH Plus menerusi USUL TIDAK PERCAYA, hanya mengganggu kerajaan mengurus wabak covid-19 dan pemulihan ekonomi.

Jika pada persidangan parlimen kali ini, TSMY survive, maka beliau adalah hero, menyangkal berbagai anggapan bahawa kerajaan beliau bagaikan kaca, bila-bila masa boleh retak dan hancur.

No comments:

Blog Archive