Saturday, July 04, 2020

SAMAN YS TERHADAP MUSA JELAS BERTUJUAN POLITIK

SAMAN Yayasan Sabah RM872juta terhadap Tan Sri Musa, yang menyenaraikan 11 tuntutan (6 tuntutan ada angka, 5 tuntuan faedahdan kos mahkamah), adalah butiran yang disiasat SPRM dan ICAC Hong Kong, dan keseluruhannya, didapati tiada yang berkaitan kepentingan peribadi, dan tiadanya salah laku, semua butiran itu, tiada asas hanya berunsur rekaan.

Membayar balik US$42 juta (RM178,920,000) wang milik Yayasan Sabah yang diberikan kepada UMNO Sabah-tiada bukti

Membayar balik US$90 juta (RM383,400,000) wang milik Yayasan Sabah yang hilang ketika pemerintahan Musa- Fitnah

Membayar balik US$8.9 juta (RM37,914,000) wang milik Yayasan Sabah yang hilang ketika Musa mentadbir-Fitnah

Membayar balik US$2 juta (RM8,520,000) wang milik Yayasan Sabah yang hilang disebabkan tindakan Musa melakukan pecah amanah-Fitnah

Membayar balik RM263,460,962.30 wang milik plaintif yang hilang dan perlu dipertanggungjawabkan kepada Musa-Fitnah

Membayar balik AUD17,258.85 (RM51,258.79) milik Yayasan Sabah yang dipindahkan oleh Musa kepada dua orang anak lelakinya- hak rakyat Sabah (tiada unsur pengelibatan Musa-tiada seorangpun pengrusan Yayasan tersebut menyebut semasa siasatan- bahawa Musa terlibat),

Berdasarkan writ saman itu, sebahagian besar punca kehilangan wang berkenaan adalah melalui urus niaga yang dilakukan ahli perniagaan upahan Musa iaitu Michael Chia melalui beberapa institusi kewangan di Hong Kong (hanya rekaan dan persepsi).

Michael dikatakan menjadi perunding kepada Musa untuk aktiviti pembalakan di kawasan milik Yayasan Sabah dan mengutip semua wang haram untuk kepentingan peribadi Musa. (rekaan dan persepsi-kerana mahkamah Sandakan semasa perbicaraan, tidak menyebutpun pengelibatan Musa).

Sementara itu, peguam plaintif, Datuk Douglas Lind berkata, tuntutan tersebut sebahagiannya berkaitan pendakwaan ke atas Musa yang dilakukan sebelum ini selepas siasatan menyeluruh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (bercanggah dengan Keputusan SPRM dan Mahkamah).

JELAS saman terhadap MUSA hanya berunsur politik.

Rakyat Sabah yang telah tertipu semasa PRU-14, kini sedar, bahawa para pemimpin Warisan dan PH hanya menipu dan berbohong.

Saman terhadap MUSA, bukannya menjadikan rakyat Sabah benci kepada Musa, sebaliknya, percaya, Musa hanya mangsa politik.

No comments:

Blog Archive