Kerajaan Warisan Sabah pimpinan Datuk Shafie Apdal, hilang kredibiti apabila mengarahkan Lembaga Pengarah Yayasan Sabah menyaman Tan Sri Musa Aman, dengan mendakwa RM872juta hilang semasa Musa Ketua Menteri.
Mungkin Shafie terlepas pandang, bahawa laporan Ketua Audit Negara samada laporan audit kerajaan negeri mahupun agensi-agensi kerajaan negeri bertahun-tahun tanpa teguran.
Shafie juga lupa, bahawa setiap tahun ada laporan audit Yayasan Sabah secara keseluruhan.
Shafie lupa bahawa setiap cubic meter kayu yang ditebang dalam kawasan konsesi Yayasan Sabah direkodkan, sebagai asas penetapan bayaran royalti. Ada kemungkin era Shafie selama 24 bulan, setiap cubic meter kayu yang dipotong tidak direkodkan. Atas sebab perbuatan itu, maka Shafie mendapat idea menyaman Musa (jika saman itu wujud),. dan menyamakan Musa juga berbuat sama.
Apa yang melucukan menurut peguam yang mewakili Yayasan Sabah, kononnya bukti-bukti dalam saman tersebut adalah terkandung dalam 46 pertuduhan terhadap Musa antara tahun 2004-2008.
Sayang sekali kepakaran yang dimiliki SPRM, ICAC Hong Kong, gagal mencium kehilangan wang RM872juta tersebut, sedangkan siasatan dijalankan bertahun-tahun, sehingga lah agensi-agensi tersebut membuat kesimpulan tiada salah laku membabitkan Musa.
Menyaman Musa, seolah Musa adalah formen kepada semua syarikat yang diberi konsensi oleh Yayasan Sabah, kerana sebagai formen, gagal merekodkan setiap cubic meter kayu yang ditebang, dan seterusnya pihak pengrusan yayasan tersebut buta terhadap jumlah cubic meter kayu yang ditebang, atau dengan kata lain, mereka makan gaji buta, tidak tahu apa-apa, dan menerima seadanya jumlah cubic meter kayu yang ditebang. Juga, cukup malang, pihak audit dalaman, mahupun luar, begitu jahil sekali berkaitan pengoditan. Malang juga, Ketua Audit Negara pun terbabit sama, jahil terhadap pengoditan, kerana secara terus menerus memberikan sijil pengurusan kewangan negeri dan beberapa agensi kerajaan negeri termasuk Yayasan Sabah TANPA TEGURAN, ertinya semua pengurusan kewangan adalah TELUS.
Tindakan menyaman Musa, menunjukkan sejak 2003-2018, para pengurus Yayasan tersebut khususnya yang terlibatkan dengan kawasan konsensi benar-benar jahil terhadap tugas yang diamanah kepada mereka, bukan itu sahaja, mereka itu semua langsung tidak kompiten menjalankan tugas pengurusan kerana gagal mengetahui sejumlah wang hilang.
Menyaman Musa, menunjukkan bahawa Kerajaan Shafie hanya main langgar, tidak berpaksi kepada fakta dan kebenaran, atau apa yang berlaku, sebaliknya, membuat pengiraan dummy atau andaian, hanya kerana mahu memalitkan imej negatif kepada Musa, kerana usaha itu gagal menerusi pertuduhan jenayah yang berjela-jela.
Shafie mungkin kurang membaca, laporan kewangan negeri Sabah yang telah diodit, sejak Musa Ketua Menteri. Kalau lah beliau rajin sedikit membaca, maka akan terbelik mata, bahawa pada tahun 2003 semasa Musa dilantik Ketua Menteri simpanan kewangan negeri Sabah hanya RM184juta, manakala wang tunai Yayasan Sabah hanya RM300,000.
Laporan kewangan tahun 2017, simpanan kewangan Sabah berjumlah RM3.74bilion, manakala Yayasan Sabah RM1.5bilion.
Kalau pun Shafie cuba berpolitik, fikir-fikir lah dahulu, kalau-kalau tindakan itu hanya meranapkan kredibiti Kerajaan.
Menerusi saman Lembaga Pengarah Yayasan Sabah terhadap Musa, dengan sendirinya mendedahkan bahawa Pengrusan Yayasan Sabah yang sepatutnya profisional, benar-benar hilang kredibiti dan tercalar.
1 comment:
Setelah sekian lama, tiada nampak lagi apa2 DELIVERABLE dari Shafiee Afdal ni?
Tampak HANYA KUAT MAIN POLITIK 25 JAM SEHARI!
Rugilah orang2 SABAH!
DARI URANG2 SAMANANJUNG, KAMIK JUGAK SIMPATI!
Post a Comment