Saturday, June 20, 2020

SAMAN YAYASAN SABAH TERHADAP MUSA BERMOTIF POLITIK

SAMAN sivil bermotif politik, hanya bertujuan menimbulkan persepsi politik, dan biasanya hanya tindakan gimik pemimpin politik.

Apabila Yayasan Sabah menerusi pengurusan dan lembaga pengarah menyaman pemimpin politik, kerana mereka juga adalah lantikan politik.

Yayasan Sabah adalah agensi Kerajaan Sabah. Kerana, Sabah sekarang dipimpin Datuk Shafie, dan atas sebab pengarah-pengarah dan pengurusan atas lantikan politik yang dilantik Shafie, maka mereka perlu menimbulkan berbagai kaedah untuk menimbulkan persepsi negatif kepada lawan politik, supaya mereka terus kekal dalam jawatan masing-masing.

Tan Sri Musa Aman sebagai pemimpin bukan sahaja berkeupayaan menumbangkan kerajaan Shafie, tetapi seorang tokoh politik Sabah yang masih disokong sebahagian besar rakyat Sabah.

Musa hampir 2 tahun bertindak "low profile" kerana beliau menumpukan masa berkaitan kes mahkamah yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan, yang mana sebahagian daripadanya adalah kerajaan Warisan. 

Apabila kes mahkamah Musa telah dimuktamadkan, walaupun beliau belum membuat sebarang kenyataan akan aktif sepenuh masa dalam politik, Shafie merasa gelisah, bimbang, hilang arah, sehinggakan beliau terpaksa mengumpul wakil-wakil rakyat yang berpihak kepada beliau mengadakan sidang akhbar sebanyak dua kali sejak 9 Jun, 2020, sejak Musa dibebaskan dan dilepaskan daripada semua pertuduhan.

Shafie mencuba berbagai helah, untuk memalitkan imej negatif kepada Musa untuk menimbulkan persepsi di kalangan rakyat Sabah untuk tidak menyokong Musa.

Ada lah malang bagi Shafie, tindakan beliau selama 24 bulan, merupakan saksi kepada sebahagian besar rakyat Sabah, sehinggakan timbulnya kebencian kepada beliau dan kerajaan yang beliau pimpin. 

Tindakan Shafie bagaikan menutup bangkai gajah dengan nyiru, adalah satu tindakan yang sia-sia.

Tindakan Shafie semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa wabak Covid-19 sedang memuncak, selagi nyawa dikandung badan tidak akan dapat dilupakan oleh rakyat.

No comments:

Blog Archive