MUNGKIN kerajaan Warisan-UPKO-PH Sabah sedang mencongak siapa 14 ADUN yang bila-bila masa mengistiharkan kedudukan mereka sebagai ADUN bebas atau menyertai parti-parti dalam PN Sabah.
Kerana gerakan ini, adalah gerakan sulit dan tertutup, maka tidak mudah bagi mereka mengenali, siapa 14 ADUN tersebut.
Shafie beberapa kali telah menhimpunkan seluruh wakil rakyat yang menyokong beliau, samada ADUN atau MP, dan mereka itu turut hadir menunjukkan muka masing-masing. Mungkin kerana itu, Shafie yakin, bahawa kerajaan beliau kekal kukuh.
Penulis difahamkan, selain 14 ADUN yang bila-bila masa akan memunculkan diri menolak kepimpinan Shafie, mereka juga diikuti 5 MP. (Nota- Warisan ada 9 MP dan UPKO-1).
Tindakan para ADUN dan MP yang menyokong Warisan-UPKO-PH kerana mereka bosan dengan permainan politik PH Plus yang mana Shafie salah seorang pecaturnya.
Selain itu, cara pentadbiran Shafie yang lintang pukang, tiada hala tuju, adalah katalis kepada kebencian rakyat terhadap kerajaan yang dipimpin MP Semporna tersebut.
Para ADUN dan MP yang menolak beliau, tidak ingin dipalit dengan pemerintahan yang tidak efektif, tidak sesuai dengan aspirasi rakyat Sabah secara umumnya.
Adalah difahamkan para pemimpin PN Sabah dalam proses memuktamadkan penubuhan PN Sabah.
Juga, penulis difahamkan, barisan kepimpian Bersatu Sabah yang dipimpin Datuk Hajiji Haji Noor yang juga ADUN Sulaman akan mengadakan perjumpaan tertutup esok sebagai persiapan penubuhan kerajaan PN Sabah.
2 comments:
Bh jgn d kasih lama..😅😅😅👍👍👍
KITA TIDAK AKAN MAJU TANPA KERJA SAMA ANTARA NEGERI DAN PERSEKUTUAN..KANCIL LAWAN GAJAH..YG MATI KAMI RAKYAT..WARISAN SDAH LUMPUH...
Post a Comment