SPRM kena bertindak terhadap tulisan fitnah WINNIE JOAN yang diterbitkan menerusi blog HUB NETIZEN (https// hubnetizen,com) yang mengaitkan seorang pegawai SPRM Sabah bernama Syamsul Osman yang didakwa sebagai perantara antara Tan Sri Musa Aman dan Pengerusi SPRM Azam Bakri (mungkin Dato Azam Baki?) kononnya berkaitan kes pertuduhan rasuah membabitkan Musa.
Penulis itu mendakwa, adanya pesta yang diadakan Musa yang dihadiri pegawai SPRM tersebut kononnya meraikan pembebasan dan perlepasan Musa. Sedangkan pesta itu tidak wujud, kerana Musa dibebaskan dan dilepaskan pada 9 Jun, 2020, masih masa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan selepas itu PKPP (SOP pematuhan penjarakan sosial, yang mana acara kenduri atau majlis seumpama itu tidak dibenar).
Untuk makluman, daripada tarikh 9 Jun, 2020, sehingga tulisan ini diterbitkan, tiada acara seumpama itu diadakan oleh Tan Sri Musa.
Dakwaan penulis hantu tersebut merupakan dakwaan fitnah, kerana Musa telahpun dihadapkan ke mahkamah. Keputusan mendakwa Musa adalah atas syor SPRM, dan selepas pendakwaan dilakukan, SPRM tiada hubungkait lagi.
Tugas SPRM hanya membuat siasatan. Selepas siasatan, maka kertas siasatan diserahkan kepada peguam negera. Apabila peguam negara membuat keputusan untuk pendakwaan, maka selesai lah peranan SPRM
Sebagai catitan, kes Musa adalah kes tahun 2004-2008. Samada Syamsul Osman atau Azam Baki, bukan pegawai yang membuat keputusan, kerana bukan sebagai pegawai penyasat. Kes Musa disiasat oleh Datuk Mustafar Ali (Pengarah Siasatan SPRM).
Mustafar Ali lah pada 9 September, 2011 mendapati bahawa dakwaan terhadap Musa tiada unsur salah laku, dan mencadangkan siasatan tamat dan ditutup.
Tulisan yang dimuat naik blog tersebut bukan sahaja memburukkan nama Pengerusi SPRM Malaysia, akan tetapi Musa.
Ada kemungkinan penulis tersebut begitu marah, kerana pemimpin yang dia sokong Datuk Peter Anthony telah didakwa oleh SPRM, melibatkan RISDA. Juga saksi utama, kes jenayah tersebut turut didakwa kerana bersubahat. membabitkan wang RISDA.
Kes RISDA walaupun hanya membabitkan wang RM15.5juta, tetapi mempunyai implikasi yang cukup besar terhadap Ketua Menteri Sabah-Datuk Shafie Apdal, kerana kesalahan jenayah itu berlaku semasa beliau menteri KKLW.
Kes Musa adalah kes straight forward, sebab itu bukan sahaja SPRM akan tetapi Pesurujaya anti rasuah Hong Kong (ICAC) turut menafikan sebarang laku rasuah yang melibatkan Musa.
Musa sejak disiasat secara terus menerus memberikan kerjasama, malah selepas didakwapun, beliau hanya memberi komen pendek, walaupun beliau menyifatkan dakkawaan tersebut bermotif politik, akan tetapi beliau bersedia dibicarakan di mahkamah untuk memberishkan nama.
Tulisan fitnah seumpama ini, apa tah lagi memalitkan imej buruk kepada mereka yang tidak bersalah, perlu dikekang di negara ini.
No comments:
Post a Comment