Thursday, May 07, 2020

USUL TIADA KEYAKINAN AHLI PARLIMEN TERHADAP TAN SRI MUHIYIDDIN


SURAT Tun Dr Mahathir Mohamad bertarikh 4 Mei yang mengusulkan supaya dimasukan dalam aturan mesyuarat Dewan Rakyat pada 18 Mei, bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai keyakinan daripada ahli parlimen membawa maksud, perlu adanya pengundian jika usul tersebut diterima.

Usul itu berbeza dengan usul daripada Semporna yang ditolak oleh Speaker kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Usul Ahli Parlimen Langkawi tersebut tidak mempersoalkan perlantikan Tan Sri Muhiyiddin Yassin oleh YDP Agong, tetapi Ahli Parlimen Langkawi itu berpendapat selepas perlantikan Muhyiddin, maka majoriti ahli parlimen hilang keyakinan.

Nampak gaya senario ini sangat luarbiasa, kerana PH yang mempunyai 92 ahli parlimen tidak membawa usul, sebaliknya Warisan dan serpihan Bersatu.

Penulis pernah menulis, bahawa kubu Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mempunyai 3 ahli parlimen mengatasi PH-Warisan-kubu Tun Dr Mahathir, untuk mengelak parlimen tergantung, kerana akan mempunyai jumlah yang sama 111-111 daripada 222 ahli parlimen.

Jika usul Langkawi diterima, maka akan berlaku pengundian atau belah bahagi selepas perasmian YDP Agong. 

Tergantung kepada Speaker, susunan usul itu, apa kah selepas aturan kerajaan termasuk bacaan kali pertama tambahan bajet tahun 2020. Kalau melihat jadual mesyuarat 1 hari, semuanya penuh/padat dengan aturan kerajaan.

Nota: Bagi mengekalkan kerajaan, maka diperlukan sokongan minimum 112.

Ada lah sukar diramal, di antara ahli parlimen Bersatu atau GPS yang akan berpaling tadah, kerana ahli parlimen MN, BN, STAR dan PBS nampaknya teguh pendirian.

Bagi hemat penulis, jika pun ada yang berpaling tadah, ada lah daripada kumpulan Azmin Ali, khususnya yang belum mendapat jawatan.

Jika Tan Sri Muhiyiddin tidak mendapat sokongan majoriti mudah, maka akan menghadap YDP Agong untuk mempersembahkan, samada melantik PM-9 atau memohon perkenan pembubaran parlimen.

Jika parlimen dibubarkan, maka tempoh 60 hari akan diisi oleh kerajaan interim, bukannya Perdana Menteri interim, makna kata seluruh kabinet masih berfungsi sebagai kerajaan sementara sehingga PRU diadakan.

SPR mempunyai masa 60 hari untuk melaksanakan pilihanraya umum. Namun, melihat wabak COVID-19 belum berakhir di negara ini, kemungkinan besar PRU dilambatkan atau ditangguhkan.

Terserah kepada Speaker Dewan Rakyat, apa kah menerima usul Langkawi, sama-sama kita tunggu..

1 comment:

Anonymous said...

Goyang! 144 Dari 191 Bahagian ARMADA BERSATU Memberontak!

144 daripada 191 ARMADA BERSATU Bahagian, sokong Perikatan Nasional

Sebagai EXCO ARMADA Nasional, saya berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Februari lalu yang memutuskan BERSATU keluar daripada PH dan keputusan ini kekal hingga terdapat keputusan MPT terbaru," katanya.
Pihaknya meminta supaya pimpinan ARMADA Nasional jangan terlalu biadap untuk menjadi 'jaguh politik dan menjadi lebih sudu dari kuah'.

Muzzamil mendakwa, Ketua ARMADA Nasional, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering mengajar ahli sayap parti itu untuk bersifat biadap dengan melanggar struktur parti dan membelakangkan suara akar umbi dan kenyataan ketua bahagian.

Pendirian itu disuarakan oleh EXCO ARMADA Nasional BERSATU, Muzzammil Ismail bersama 144 Ketua ARMADA Bahagian yang menyifatkan kenyataan ARMADA Nasional itu tidak menggambarkan suara akar umbi, sekali gus dikhuatiri hanya mengeruhkan krisis dalaman parti yang berterusan.

Tun sebagai Pengerusi, Boboi dan ketua Armada Syed Saddik hilang kawalan dalam Bersatu...!?

Blog Archive