SEPERTI yang diduga,
desakan mengadakan sidang parlimen, ada lah untuk mengadakan usul percaya atau
usul tidak percaya.
Tetapi kali ini usul
percaya yang diterima Speaker Dewan Rakyat dicadangkan oleh Ahli Parlimen
Semporna Datuk Shafie Apdal bukannya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana
Menteri tetapi kepada Tun Dr Mahathir Mohammad Ahli Parlimen Langkawi dengan
usul bahawa ahli parlimen Langkawi mempunyai sokongan majoriti daripada
ahli-ahli parlimen.
Maksud Ahli Parlimen
Semporna tersebut seperti mana tersurat dalam usul tersebut, bahawa adalah satu
kesilapan YDP Agong melantik Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada 29 Februari, 2020,
kerana Ahli Parlimen Pagoh tersebut tidak mendapat sokongan majoriti daripada
222 ahli parlimen. Dengan kata lain, semasa melantik tersebut, YDP Agong
menipu, kerana menafikan perlantikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri
ke-8.
Shafie juga menekankan
bahawa rakyat keseluruhannya perlu diberitahu, bahawa perlantikan Tan Sri
Muhiyiddn Yassin merupakan tindakan penipuan yang nyata atau dengan kata lain,
telah berlaku perampasan kuasa dengan bantuan YDP Agong.
Menerusi usul tersebut,
Shafie dengan jelas dan nyata bukan sahaja meragui keputusan YDP Agong melantik
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri akan tetapi YDP Agong telah
berpakat merampas kuasa.
Kini jelas dan nyata Datuk
Shafie Apdal telah bertindak derhaka. Atas tindakan itu, beliau mencabuli RUKUN
NEGARA.
Mengingat Shafie adalah
Ketua Menteri Sabah,maka mana-mana wakil rakyat yang menyokong beliau juga
termasuk menderhaka dan tidak patuh pada RUKUN NEGARA.
Jika benar lah para wakil
rakyat patuh kepada RUKUN NEGARA, maka mereka itu patut dengan segera
menyatakan pendirian, jika tidak maka akan tercatit dalam sejarah negara,
sebagai PENDERHAKA.
Apa pun alasan selepas ini, Shafie sudah memasang logo
di dahi beliau sebagai penderhaka, walaupun usul itu tidak diterima oleh
Speaker Dewan Rakyat kerana melanggar Perlembagaan negara.
No comments:
Post a Comment