Selepas
tepu membaca perbalahan antara PKP dan PKPB, sehingga kelihatan macam
kebudak-budakan, saya ingin pula membawa anda kembali berbicara politik yang
memangpun kesukaan kebanyakan pemimpin politik tanah air kerana bukan sahaja
sepanjang tahun berpolitik, malah sepenggal daripada pilihanraya ke pilihanraya
berikutnya. Pendek kata, di negara ini berpolitik itu semacam makanan roji
orang-orang politik.
Rakyat
negara ini, hanya dua bulan menyaksikan perubahan kerajaan Persekutuan julung
kali bukan menerusi piliahanraya. Perubahan tersebut, kerana pemimpin kerajaan
menumbangkan sendiri kerajaan sendiri.
Di
Malaysia sekarang ini, parti yang memerintah, jika tidak mempunyai 112 ahli
parlimen, maka secara automatik terbubar atau tumbang. Itu lah yang berlaku
pada 24 Februari, apabila sebahagian ahli parlimen kerajaan tidak menyokong
lagi kerajaan, yang menyebabkan kehilangan majoriti mudah.
Ahli
parlimen yang tidak menyokong kerajaan itu adalah sebahagian besar daripada
Bersatu ditambah sebahagian kecil daripada PKR. Kini mantan ahli parlimen PKR
itu telah menyertai Bersatu. Sejarahnya Bersatu daripada 13 ahli parlimen
bertambah kepada 26 kemudian berkurang kepada 25 kemudian bertambah kepada 36.
Daripada 36 itu, 30 bersama kerajaan, manakala 6 lagi membangkang.
Jumlah
30 ahli parlimen Bersatu, bersama-sama dengan UMNO, Pas, GPS, MCA, MIC, PBS dan
STAR serta PBRS membentuk kerajaan Perikatan Nasional. Jumlah keseluruhan ahli
parlimen 9 parti itu adalah 114 daripada 222 ahli parlimen. Jumlah itu hanya mempunyai
majoriti 3 kerusi berbanding PH dan Warisan dan 6 Ahli Parlimen Bersatu untuk
mengelak parlimen tergantung.
Kalau
dilihat percaturan politik masa kini, walaupun negara berhadapan dengan
COVID-19 dan kemelestan ekonomi, kerajaan boleh sahaja bertukar, kerana tiada
jaminan ianya tidak berlaku.
Pihak
PH, Warisan dan Bersatu kem Tun Dr Mahathir mendesak diadakan sidang parlimen
penuh berbanding sehari, kononnya sebagai kaedah semak dan imbang. Niat mereka
jelas, dalam persidangan itu, boleh mengusulkan undi tidak percaya kepada
kerajaan termasuk menolak pakej stimulus ekonomi.
Jika
kerajaan gagal mendapat undi majoriti mudah, maka kerajaan tumbang.
Kebarangkalian, melantik Perdana Menteri ke-9 atau parlimen dibubar.
Isyarat
untuk itu, telah dilontarkan oleh Timbalan Presiden Bersatu, dan Presiden PKR,
bahawa Bersatu tiada halangan untuk kembali ke pangkuan PH.
Mukhriz
menakut-nakutkan ahli parlimen Bersatu, jika bersama MN atau BN, mereka tiada
peluang terpilih sebagai calon, jika pun bergerak secara solo bakal kecundang
di semua kawasan.
Kalau
dianalisis keputusan PRU-14 lalu, kenyataan Mukhriz itu memang ada
kebenarannya.
Sebenarnya,
jika dilihat keputusan PRU-14, bukan sahaja ahli-ahli parlimen daripada Bersatu
terancam dengan calon-calon MN atau BN, akan tetapi Amanah dan beberapa kawasan
milik PKR. Jika dilihat gabungan undi antara Umno dan Pas pada PRU-14 lalu,
tidak kurang 30 kerusi milik Bersatu, Amanah dan PKR menyebelahi MN. Senario
itu dibuktikan menerusi beberapa PRK selepas PRU-14, calon-calon yang disokong
MN dan BN menang.
Melihat
kepada keadaan itu, maka jika Bersatu menghindar untuk terkubur, maka, cadangan
Menteri Besar Kedah itu bukan lah pilihan, demkian juga cadangan Datuk Seri
Anwar untuk Bersatu kembali ke pangkuan PH juga bukan pilihan.
Sesuai
dengan senario politik negara, Bersatu tiada pilihan melainkan perlu kekal
bersama MN atau BN.
Berkaitan
agihan kerusi, masih jauh untuk diperkatakan. Tempoh 3 tahun cukup penyesuaian,
lagipun majoriti pemimpin Bersatu sudah biasa dengan cara Umno atau BN, dan
sama-sama saling memupuk persefahaman antara 3 parti UMNO-Bersatu-Pas,
Persefahaman
dan kerjasama menerusi MN dan BN merupakan kaedah terbaik mendapatkan sokongan
majoriti rakyat.
1 comment:
Alfatihah
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Salam takziah kepada ahli keluarga, semoga tabah menghadapi ujian ini,” kata Wan Rosdy.
Abu Bakar pernah dilantik sebagai exco Hal Ehwal Peneroka dalam pentadbiran kerajaan Pahang di bawah kepemimpinan Menteri Besar Adnan Yaakob, antara 2013 hingga 2018.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini yang disandangnya dalam saingan 3 penjuru dengan majoriti 4,622 undi apabila mendapat undi 10,027.
Dalam pertembungan itu, beliau menewaskan wakil PAS, Muhd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi dan calon Pakatan Harapan diwakili PKR, Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi.
Beliau menjadi wakil rakyat DUN Chini sejak 2004.
DUN Chini berada di bawah Parlimen Pekan yang diwakili bekas perdana menteri Najib Razak@Bossku
Pastikan Sejarah PRK di Tg Piai berulang kembali di Chini. Malu apa bossku..!!
Inalillah..
Post a Comment