RUPANYA pembangkang
langsung tiada niat membantu rakyat, tiada niat mengatasi ekonomi negara impak
daripada wabak COVID-19, hanya berniat macam mana mendapatkan kuasa semula.
Minggu lalu sepanjang
minggu atau setiap hari, Lim Kit Siang desak diadakan sidang parlimen, kononnya
untuk membantu kerajaan bagai mana berhadapan dengan Covid-19 dan kemelesitan
ekonomi, rupanya semua itu hanya gimik.
Hari ini terdedah dua usul
yang ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, yang mana dua-duanya berkaitan usul
tidak percaya kepada Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Rakyat sedar, kerana
tindakan kerajaan PN yang diterajui Muhiyiddin, rakyat negara ini terselamat
daripada serangan Covid-19 melalui tindakan yang proaktif termasuk pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
(PKPD) dan kini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kerana tindakan kerajaan
dan kerjasama dengan rakyat yang mematuhi PKP, walaupun terdapatnya mangsa
kematian, tetapi transmisi wabak cukup terkawal, malah di peringkat dunia,
Malaysia menduduki tangga ke-13 terbaik daripada segi peratusan yang sembuh. Selain
itu, kedudukan negara ada lah diurutan ke-51 daripada 73 negara kategori
negara-negara yang mempunyai kes positif 2,000 ke atas.
Selama PKP kerajaan telah
melaksanakan pakej stimulus ekonomi untuk menghadapi Covid-19 yang berjumlah
RM260 bilion termasuk bayaran tunai kepada kumpulan yang terjejas yang
melibatkan hampir RM25 bilion.
Hakikatnya, majoriti
rakyat bersyukur kerana di bawah pemerintahan PN, jika masih di bawah
pemerintahan PH, ada kemungkinan akan mengikuti jejak negara jiran, kalaupun
bukan negara-negara Eropah atau Amerika Syarikat.
KKM telah mengakui,
peperangan melawan Covid-19, Malaysia terlambat selama seminggu, jika tidak,
transmisi virus tersebut tidak lah seteruk hari ini, mungkin akan sama dengan
negara Thailand.
Kita ketahui bahawa
kluster terbesar transmisi covid-19 di negara kita adalah perhimpunan di Sri
Petaling yang berlangsung di hujang bulan Februari sehingga 1 Mac, 2020. Semasa
berlangsungnya persidangan itu, Malaysia tiada kabinet, hanya Perdana Menteri
interim.
Juga rakyat negara ini
bersyukur, kerajaan bertukar semasa wabak sedang bermaharajalela, jika tidak
rakyat yang terjejas tidak akan mendapat bantuan tunai atau bakul makanan,
mungkin hanya bergantung kepada e-wallet 30 renggek!!!.
No comments:
Post a Comment