SERANGAN wabak
COVID-19 belum berakhir. Jika berlaku
perubahan kerajaan atau pilihanraya selepas 18 Mei, 2020, kemungkinan berlaku
gelombang baharu serangan virus tersebut dalam negara.
Malaysia mengalami
perebakan serangan virus tersebut semasa perubahan kerajaan antara 24 Feb-10
Mac, kerana hanya 11 Mac kerajaan baru yang dibentuk dapat bekerja, seminggu
kemudian diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga ke fasa 5.
Walaupun kawalan transmisi
COVID-19 dalam negara terkawal, akan tetapi, perang melawan virus tersebut
belum berakhir.
Dalam keadaan jumlah kes
positif yang mempunyai potensi keboleh jangkitan masih di atas 1,000, selain
munculnya kluster-kluster baharu, perubahan kerajaan boleh menganggu
kerja-kerja mengawal transmisi virus tersebut. Sebabnya, ada lah lumrah, setiap
kali berlaku perubahan, maka cara kerja juga berubah, seperti kata peribahasa
sekali bah sekali pantai berubah.
Kerajaan sekarang sedang
berhadapan dengan musuh halus yang tidak nampak, akan tetapi mempunyai potensi
besar mengambil nyawa.
Kerajaan PN sudah mengatur
berbagai strategi dan metodologi melawan virus yang melibatkan berbagai strata
pihak berkuasa yang diketuai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jika berlaku perubahan
kerajaan, ertinya juga perubahan para individu, maka gerak kerja akan retak di
tengah jalan, sebagai akibat jalinan komunikasi yang tersekat, kerana setiap
individu yang baru mengambil alih terpaksa belajar daripada nol. Jika itu
berlaku, maka rakyat lah yang menerima impak, termasuk menjadi mangsa virus dan
jika tidak bernasib baik, maka kematian lah jawabnya.
Penulis berpendapat, jika
berlaku perubahan kerajaan, kerana kerajaan yang ada tidak mendapat sokongan
majoriti mudah di Dewan Rakyat, maka YDP Agong perlu mengekalkan kabinet yang
ada sebagai kabinet sementara, dan seterusnya mengistiharkan darurat,
sehinggalah keadaan negara benar-benar bebas daripada wabak COVID-19.
Hakikat perlu diterima,
bahawa kerajaan hari ini bersama-sama kabinetnya telah berkerja dengan baik.
Menggantikan kerajaan dengan kabinetnya sekali adalah merugikan negara dan
rakyat.
No comments:
Post a Comment