DATUK Shafie
hantar usul percaya kepada Tun, Datuk Liew Vui Keong hantar usul Tan Sri
Muhiyiddin tidak mendapat keyakinan ahli parlimen, kemudian Tun hantar usul,
serupa dengan MP Batu Sapi tersebut.
Sebenarnya 3
usul tersebut bermatlamat sama, hanya usul Shafie melanggar Perlembangaan
Negara kerana mempertikai kuasa YDP Agong. Atas sebab itu speaker tolak.
Manakala usul VKLiew kata speaker sebahagian diterima, iaitu usul yang serupa
dengan usul Tun, kerana speaker menerima usul tersebut.
Melihat 3
usul tersebut, ke tiga-tiga MP itu, langsung tidak mempertimbangkan apa yang
berlaku dalam negara, khsususnya wabak covid-19.
Telah diakui
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa negara terlambat 9 hari
melaksanakan PKP, jika tidak kluster terbesar Sri Petaling tidak akan menjadi
penyumbang kepada kes positif di negara kita. Juga kluster Italy di Sarawak
tidak akan menjadi penyumbang, termasuk beberapa kluster lain.
Perlu
diingat semasa kluster itu terwujud adalah pada kerajaan lalu.
Kerajaan PN
bertindak tepat walaupun terlambat. Kerana tindakan kerajaan itu sebahagian
besar setuju dan sokong, sebab itu, semasa kerajaan Persekutuan laksanakan
PKPB, 9 negeri tidak ikut, memilih PKP, makna kata tindakan kerajaan PN
melaksanakan PKP disokong majoriti rakyat.
Walaupun
majoriti rakyat sokong tindakan kerajaan PN, tetapi 3 MP tersebut pura-pura
tidak nampak, akan tetapi memaksa ahli parlimen yang hanya 222 orang berbanding
32 juta rakyat.
Kalau lah
diadakan refendum sekarang, penulis yakin tidak kurang 70% rakyat akan
menyokong kerajaan PN, tetapi malangnya suara tersebut, gagal diterjemahkan
oleh 3 MP atau PH, Warisan dan Kem Tun yang hanya berjumlah 107 orang.
Kini,
tersurat, bahawa ahli parlimen seramai 107 itu mahu menafikan suara rakyat
majoriti, dan cuba menjatuhkan kerajaan, dengan harapan mereka akan dapat 5
ahli parlimen menyokong mereka, supaya kerajaan Tan Sri Muhiyiddin Yassin
kehilangan sokongan majoriti mudah.
Rakyat sudah
menjadi mangsa selama 22 bulan, tak kan diulangi lagi..
Rakyat
negara ini, secara umumnya mahu kerajaan yang ada bertahan sehingga PRU-15.
Bukan lama pun, hanya 3 tahun lagi. Cukup lah menjadikan rakyat sebagai padang
permainan.
Rakyat cukup
tertekan sudah, kerana PKP. Kini semua rakyat tanpa kecuali perlu menyesuaikan
diri dengan norma-norma baharu. Jangan tambah kesengsaran lagi, kerana merebut
kuasa.
2 comments:
Don't angry with 'idiot'cracy power. Malaysia with idiot'crazy berpisah tiada - Najib
Pagi semalam, ADUN DAP mengeluarkan kenyataan media yang tuduh tindakan Speaker Parlimen untuk tolak usul undi percaya pada PM7 dari Shafie Apdal adalah tidak masuk akal.
ADUN DAP ini kena faham bahawa Speaker Parlimen yang kamu tuduh tak masuk akal ini adalah ahli parti PAN yang korang lantik sebagai speaker manakala anak dia kerja sebagai setiausaha media boss DAP kamu, Guan Eng.
Korang suka lantik orang yang kononnya buat keputusan tak masuk akal untuk jadi speaker ke?
“Aziz Bari: Mind-boggling reason to reject motion of confidence”
Lagipun, usul Shafie Apdal yang ditolak Speaker adalah usul percaya pada PM7 – bukan usul tidak percaya pada PM8.
Lagi pelik ialah orang yang bekap tindakan Speaker parlimen untuk tolak usul percaya pada PM7 pula ialah peguam bagi PM7.
“Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla berpendapat keputusan Mohamad Ariff betul kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan usul undi percaya atau usul undi tidak percaya terhadap seorang perdana menteri sahaja.
“Sebelum ada usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri diluluskan, tidak boleh ada usul undi percaya terhadap mana-mana ahli Parlimen lain,” katanya kepada The Malaysian Insight.”
(Lain erti ialah PM7 bukan lagi PM. Buat apa ko buat undi percaya pada dia dalam parlimen?)
8 Mei 2020: Speaker betul tolak usul Shafie, wajar benarkan usul Dr M, kata peguam
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/243850
Tak habis-habis kewayangan dan perebutan kuasa dari depa ni.
Tunggulah krisis Covid berakhir. Tunggulah sehingga kes Covid jatuh ke sifar.
Masa itu, tuntutlah parlimen untuk bubar jika korang berani dan kita turun ke padang untuk lawan.
P Ramlee pernah kata "Dah tua pun bodoh"..!!
Bossku
Perodi ucapan Tun semasa memperingati kemenangan PH
Demi Boboi andai masa mencemburui kita dan masa tiada lagi bersama ako...
Kedudukan boboi sebagai Menteri Besar Kedah dalam keadaan terancam, dalam kes ini, bukanlah PAS yang menjadi parti pembangkang terbesar di kedah mengancam kedudukan boboi, tapi yang mengancam tu adalah kawan-kawan boboi sendiri dalam PH.
Kedudkan boboi di kedah seperti teloq dihujung tanduk, bila-bila masa boleh jatuh pecah, jadi untuk menyelamatkan boboi dan memastikan kedudukan boboi tidak terancam, maka apak mu akan buat perangai lagi.
Itu je yang sebenarnya, kenapa apak mu meroyan lain macam kali ni, pasal nak pastikan boboi ada jawatan tinggi baik dalam negeri atau negara.
Perjuang Apak hanya untuk boboi je, tak ada sebab lain, kalau apak mu kata dia berjuang kerana rakyat, itu bullshit, masa apakmu jadi pm ari tu, apak suruh rakyat di suruh ikat perut, sedangkan kroni apak dan anakcucu apak anugerah kan projek berbillion-billion, kalau apak kata apak nak berjuang nak lawan rasuah, sebenarnya apaklah segala kepala rasuah yang ada kat negara ni, habis semua kes-kes rasuah pemimpin PH apak arahkan AG Mr Tomi Tomas untuk buang kes, kemudian apakmu akan buat-buat terkejut.
Apa apa yang berlaku jawab 'tatau'
sekian
Boboiku
dari ApakMu
Post a Comment