Tuesday, May 19, 2020

TAN SRI MUHIYIDDIN YASSIN SAH MEMANGKU PENGERUSI PPBM


YAB TSMY angkat Sumpah PM-8
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengesahkan bahawa  perletakan jawatan Pengerusi Tun Dr Mahathir pada 24 Februari lalu ada lah sah, dan seterusnya pemangkuan jawatan tersebut oleh Tan Sri Muhiyiddin Yassin juga sah.

Menurut Klausa 16.9 Perlembagaan PPBM, apabila pengerusi meletakan jawatan atau diberhentikan, maka Presiden memangku jawatan tersebut sehingga pemilihan diadakan.

Kini jelas sudah, bermula pada 25 Februari sehingga kini, sebarang tindak tanduk Tun berkaitan PPBM hanya sebagai ahli biasa.

Baru-baru ini beredar satu panggilan mesyuarat daripada parti yang sepatutnya diadakan pada 11 Mei, yang dipanggil oleh kem Tan Sri Muhiyiddin adalah sah jika merujuk kepada keputusan JPPM tersebut.

Melihat tindak tanduk Tun Dr Mahathir bersama kem beliau termasuk 4 ahli parlimen yang bertindak sebagai pembangkang kepada Tan Sri Muhiyiddin, besar kemungkin keahlian mereka itu bakal digantung, atau dipecat.

Muhiyiddin dengan 31 Ahli Parlimen PPBM (Bersatu) adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Perikatan tersebut bakal didaftarkan sebagai sebuah parti berikutan satu MOU daripada parti-parti yang bergabung dalam perikatan tersebut telah ditandatangani semalam (18 Mei,2020).

Berikutan keputusan JPPM, maka halatuju PPBM ditentukan oleh Tan Sri Muhiyiddin.

No comments:

Blog Archive