Friday, May 15, 2020

BETUL SHAFIE ADA 48 ADUN-TAPI 16 DARIPADANYA BAKAL BERPALING

Madius bersama 18 ADUN sokong Shafie

DUN Sabah daripada 60 menjadi 65, kerana 5 adun lantikan.  Daripada 48 ADUN yang sedang bersama Shafie, 16 ADUN dalam sedikit masa lagi bakal berpaling.

Untuk sementara, 16 ADUN tersebut tidak dinamakan agar gerakan itu tidak patah ditengah jalan. 

Ada lah dipercayai ada lagi di antara mereka itu belum menandatangai surat akuan bersumpah, kerana terbantut akibat PKP.

Beberapa blog telah awal mengulas mengenai perkembangan ini, namun kerahsian dikekalkan.

Kem Shafie memang menghidu perkembangan ini, namun mereka tidak mengenal siapa di antara mereka yang bakal berpaling tersebut. Sebab itu, Datuk Madius Tangau mengambil langkah proaktif, menyatakan sokongan kepada Datuk Shafie Apdal.

Politik Sabah biasanya ikut perkembangan di Persekutuan, kerana pertimbangan kemajuan dan pembangunan negeri dan rakyat.

Pada 12 Mei, 2018, 6 ADUN BN keluar daripada kerajaan BN untuk menyokong Shafie, kerana pertimbangan bahawa kerajaan BN pimpinan Tan Sri Musa Aman masa itu adalah kerajaan pembangkang kepada kerajaan Persekutuan.

Pada Disember, 2018 semua ADUN dan MP BN serta 2 senator telah keluar daripada BN untuk menjadi bebas mesra kerajaan Persekutuan,kecuali seorang MP dan ADUN. Kini semua mereka itu menyertai Bersatu-parti Perdana Menteri-Tan Sri Muhiyiddin Yassin.

Atas petimbangan yang sama, adalah penyebab 16 ADUN daripada kerajaan Shafie membuat keputusan menyokong kerajaan Persekutuan.

Selain itu, para ADUN tersebut melihat bagai mana kerajaan Shafie menunjukkan kegagalan membantu rakyat semasa PKP, sehinggakan majoriti rakyat Sabah hilang kepercayaan kepada kerajaan negeri.

Hakikatnya tindakan 16 ADUN itu adalah betul agar mereka terus dapat membantu rakyat yang mereka wakili daripada segi peruntukan untuk kemajuan dan pembangunan.

Negeri Johor, Melaka, Perak dan Kedah (pada Ahad akan menubuhkan kerajaan PN) sudah bertukar sealiran dengan Kerajaan Persekutuan.

Di Sabah, sebelum kerajaan baharu dibentuk, Kerajaan Persekutuan sudah pun mengambil langkah  awal mengwujdkan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (JPPNS).

Jika kerajaan baharu Sabah dibentuk sebelum JPPNS dilancarkan, maka dengan sendirinya jabatan itu tidak akan dilancarkan.

Diharapkan dalam sedikit masa lagi, semua SD (surat akuan) daripada 16 ADUN tersebut disiapkan dan pada Julai, kerajaan baru Sabah bakal terbentuk. Sama-sama kita tunggu.

1 comment:

Anonymous said...

Lagi teruk atok kena game..!!

Mantan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak memuji Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berikrar mematuhi peraturan sidang Dewan Rakyat, Isnin depan.

Jelas Najib, ia merupakan sikap terpuji bagi seorang ahli parlimen dalam memuliakan institusi beraja dan Perlembagaan.

“Terbaik Pengerusi PH! Kita hormati dan muliakan institusi YDP Agong.

Teringat Cerita P Ramlee dialog dengan AR Tompel cerita Ahmad Albab

P Ramlee : Kekayaeen , kebahgiaaen , kemewahaen bukan datang dari Bapak@ atokkau. Kebahguiann itu datang dari Allah lahhh..!!

AR Tompel : Alamak lagi teruk aku kena main..!!

Padan muko kau atok... sllu game orang kali ni anak beranak kena game..!!

Kasi fuckk kaw kaw ajer atok tu..!!

Blog Archive